Showing posts with label amy. Show all posts
Showing posts with label amy. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Amy Search rai anak yatim berbuka puasa di JB

AMY turut menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit yang dikumpul bersama teman-temannya kepada anak yatim dan pelajar tahfiz yang hadir.
KATA Amy Search, dia sudah lama memendam hasrat untuk mengadakan majlis berbuka puasa, tahlil dan doa selamat bersama pelajar tahfiz dan anak-anak yatim di kampung kelahirannya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru.

Wednesday, July 18, 2012

Amy Search Di Majlis Pelancaran Popmycase


Akhirnya minggu lepas Abang Nara dapat juga bertentang dengan Raja Rock Malaysia, Amy Search. Daripada kejauhan melihat wajahnya, mulut Abang Nara terus mengeluarkan perkataan “Feeewiiitttt”. Memang berjaya sungguh branding yang telah dilakukan oleh Amy Search. Respek!!!

Tuesday, May 29, 2012

Amy Search Minat PAS Tapi Sertai UMNO


KUALA LUMPUR – Sebelum ini heboh di internet apabila penyanyi rock terkenal, Amy Search dikatakan semakin cenderung menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Malah Amy pernah dipetik sebagai berkata,” Tuan Guru Nik Aziz guru aku”.

Wednesday, April 18, 2012

Amy Search terima Johan sebagai menantu


Amy Search dengan senang hati akan menerima pelakon, Johan Arrif As'ari sekiranya dia ditakdirkan menjadi menantunya (kahwin dengan Nabila Huda sebagai seorang suami isteri yang sah).

Thursday, March 8, 2012

Konsert 4 Lagenda Mei Ini

Zainal Abidin bersama tiga lagi penyanyi hebat tanah air iaitu Datuk Sheila Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah pada pelancaran konsert The Legendary Concert, di sini, petang Rabu.
KUALA LUMPUR, 8 MAC 2012: Peminat muzik tempatan bakal digegarkan dengan konsert The Legendary Concert 2012 -Dulu, Kini dan Selamanya, yang akan menggabungkan empat nama besar iaitu Jamal Abdillah, Zainal Abidin, Amy Search dan Datuk Shiela Majid bermula 5 Mei depan.

Friday, January 6, 2012

AMY SEACH TWEET PEMINAT JAUHI DEMO 901 (2 GAMBAR)


"Rock n Roll itu mencintai keamanan.
Semoga peminat2ku menjauhi Perhimpunan 901”

Begitulah pesan penyanyi rock terkenal, Amy Search di dalam twitternya. Satu tempelengan tahap superstar untuk beruk2 yang sudah tidak sabar datang menginja di jalanan 9 Januari nanti!

Thursday, January 5, 2012

Suka Duka Tiga Dekad Search Kini Berbaloi (VIDEO | 3 GAMBAR)


AMY dan Search memberi persembahan final yang cukup hebat. Seleksi lagu, pencahayaan pentas dan sistem bunyi yang agak baik banyak membantu kepada kejayaan konsert pada malam itu.


"KAMI tidak pernah bermimpi untuk menjadi sebesar ini. Ini adalah satu perjalanan yang hebat," begitu ringkas vokalis Search, Amy, mendefinisi kembara band buatan Malaysia yang begitu fenomena ini saat ditemui di selang-seli kesibukan menjalani jelajah Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang berakhir pada 31 Disember lalu di Kuching, Sarawak.

Tuesday, December 20, 2011

Search 'tua' yang berbisa di Mines (VIDEO | 6 GAMBAR)


DENGAN pakaian ala-ala seorang maharaja, imejnya itu seakan-akan menggambarkan dia dan Search sebagai gergasi dalam persada muzik rock tanah air.


DI KALA banyak kumpulan rock era tahun 1980-an berkubur, Search antara yang terus aktif bermain muzik.

Mereka bukan sahaja bertahan sejak ditubuhkan pada 1981, malah masih diterima oleh para peminat, termasuklah generasi muda.

Monday, December 5, 2011

10,000 peminat Search banjiri Stadium Larkin, Johor Bahru (VIDEO)


JOHOR BAHRU 4 Dis. - Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 10,000 peminat menyaksikan Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Stadium Larkin, di sini malam tadi.

Walaupun pekarangan dan tapak konsert digenangi air tetapi peminat daripada pelbagai peringkat usia termasuk dari Singapura tidak berganjak menyaksikan legenda rock itu beraksi hampir dua jam setengah yang bermula pukul 9 malam.

Wednesday, November 30, 2011

Amy Search marah Nabila Mengamuk di Twitter (GAMBAR)



Selepas mengejutkan ramai peminat dengan berita perceraiannya, Nabila Huda terus mencipta kontroversi apabila gambarnya berciuman dengan jurulatih selam tersebar di internet. Terbaru, anak kepada Amy Search ini mengamuk di laman twitter miliknya. Walaupun Nabila tidak menulis nama individu yang dimarahi, tetapi ayat-ayat yang tulis jelas merujuk kepada bekas suaminya itu. Nabila dilihat tidak puas hati apabila bekas suaminya mempertikaikan soal penjagaan anak.

Monday, November 28, 2011

Nabila Huda Marah Bekas Suami Di Twitter (3 GAMBAR)


Melalui apa yang ditulis, agak jelas yang Nabila Huda telah memarahi bekas suaminya di Twitter kerana mengutuknya kepada orang ramai sejam lalu. Dia juga menyatakan yang lelaki itu tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada anak mereka.

Cuma agak tidak manis juga bila Twitter dijadikan medium lepas geram kerana anda seorang selebriti.

Friday, November 18, 2011

Hazama segan bergandingan bersama Amy Search


Pernah bekerjasama bersama sewaktu di dalam Akademi Fantasia musim kesembilan yang lalu, ternyata ia bukan satu alasan utama termeterainya kolabirasi antara pemenang pertama musim itu, Hazama bersama pengetuanya, Amy Search dalam lagu  terbarunya, Simetri.

Mengakui sangat berminat dengan bakat yang ada di dalam diri legenda rock ini, menurut Hazama, biarpun dia pernah bekerjasama bersama semusim yang lalu, namun didalam dirinya, dia masih segan untuk bermesra dengan lelaki penuh bakat ini.

Monday, November 14, 2011

Isu Cium - ada orang aniaya Nabila (GAMBAR)


Pihak GUA cuba menghubungi pelakon dan pengacara, Nabila Huda beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan beliau mengenai penyebaran gambar panas yang membabitkan dirinya sekarang. Gambar kontroversi yang memaparkan aksi cium serta Nabila berbikini itu kini telah tersebar luas dan hangat diperkatakan di beberapa buah blog tempatan.

Thursday, November 10, 2011

Nabila Huda kata 'Itu fakta bodoh' & nafi dia main kayu tiga




Nabila Huda 27 anak kepada penyanyi Amy Search kini berstatus solo. Nabila kini dikejar gosip liar mengatakan dia bercinta sakan dengan penyelam, ditambah pulak tersebar gambar dia bercuti di Pulau Tioman bersama penyelam berkenaan. Dalam media hiburan hari ini Nabila Huda menafikan orang ketiga punca keretakan rumah tangganya yang dibina bersama Zaidy Zailani atau Eddy.

Wednesday, November 9, 2011

Nabila Huda berbikini party sambut Halloween di Pulau Tioman (6 GAMBAR)


Nabila Huda kantoi sambut Halloween apabila gambarnya tersebar di rancangan galaksi. Namun, selepas tiga keping gambar disiarkan melalui sebuah program hiburan TV9, Galaksi ramai peminat hiburan Malaysia mula bertanya tanya siapakah selebriti yang dimaksudkan.

Nabila Bertekak di Twitter Gara-gara Gambar Bikininya (3 GAMBAR) @abilsuhaimi



Kecohnya pasal artis-artis melayu seislam kita sekarang ni yang terikut-ikut dengan jejak dan budaya artis-artis bukan islam luar negara. Terbaru yang sedang meletup-letup, mengenai anak kepada RockStar kita Amy Search, Nabila Huda yang dikatakan berbikini semasa bersantai di Pulau Tioman juga gambar kantoi bercium semasa menyambut Pesta Halloween.

Nabila cium mulut : Amy minta Nabila jaga adab (GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2011: Penyanyi rock lagenda, Amy Search akui tidak tahu menahu mengenai isu foto anaknya, Nabila Huda yang dijumpai bercium dengan seorang lelaki baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, sebagai bapa, Amy Search menyarankan agar anaknya itu sedar dan bertanggungjawab terhadap apa jua kesilapan yang dilakukannya.

Cerai : Nabila akui kelemahan diri dan perlu kuat hadapi cabaran

WALAUPUN mereka sudah berpisah dengan suami, mereka sepakat
untuk menjaga anak, Keisha Laila secara sama rata.

ADA getar antara sayu dan kekuatan yang terdengar jelas dalam nada bicara seorang Nabila Huda Suhaimi atau nama pentasnya Nabila dan senang juga disapa sebagai Abil.

Monday, October 10, 2011

Adlin dan Amy bergandingan

AMY mengakui agak gementar apabila
ditawarkan menjadi hos bersama Adlin.
PROGRAM kekeluargaan, Serasi Bersama yang mula menemui penonton pada tahun lalu begitu diminati ramai dan menjadi antara program yang memperoleh rating tertinggi di Astro Ria.


Bagaimanapun, terdapat perubahan apabila pengacara asal program itu Aznil Nawawi dan Sharifah Shahira tidak lagi bersama untuk memeriahkan Serasi Bersama musim kedua kerana tempat mereka diganti dengan gandingan, Amy Mastura dan Adlin Aman Ramli.