Showing posts with label kempen anwar 901. Show all posts
Showing posts with label kempen anwar 901. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Polis Kena Bijak: Mustahil Peserta 901 Nak Bom Diri Sendiri? (5 GAMBAR)



Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dibawa oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.


Katanya, ini kerana bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

Sunday, January 8, 2012

Keputusan Liwat II: Anwar tidak bersalah (10 GAMBAR)

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Friday, January 6, 2012

AMY SEACH TWEET PEMINAT JAUHI DEMO 901 (2 GAMBAR)


"Rock n Roll itu mencintai keamanan.
Semoga peminat2ku menjauhi Perhimpunan 901”

Begitulah pesan penyanyi rock terkenal, Amy Search di dalam twitternya. Satu tempelengan tahap superstar untuk beruk2 yang sudah tidak sabar datang menginja di jalanan 9 Januari nanti!

Wednesday, January 4, 2012

Tindakan tegas Guru serta pelajar sertai perhimpunan


SEREMBAN 4 Jan. – Kementerian Pelajaran memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901′ pada 9 Januari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara itu memandangkan polis sudah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan permit kepada perhimpunan tersebut.

Friday, December 30, 2011

AMARAN! Siswa UITM jangan sertai Kempen Anwar 901


Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan agar tidak terlibat dengan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur bulan depan.Ini kerana sebagai mahasiswa mereka perlu patuh kepada undang-undang negara dan tidak menjadi alat pihak yang tidak menghormati undang-undang.