Showing posts with label hazama. Show all posts
Showing posts with label hazama. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Isu Lagu Pokok : Peminat Hazama, Meet Uncle Hussain salahkan Nubhan? (GAMBAR)



Apabila lagu ‘Pokok’ tidak tersenarai sebagai calon Top 5 pada pusingan kedua Muzik-Muzik Separuh Akhir minggu lalu, ramai yang mempertikaikannya. Rata-rata peminat Meet Uncle Hussain  (MUH) kecewa kerana lagu ini ditumpaskan oleh lagu ‘Cinta Muka Buku’ yang dianggap tidak layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL  26). Walaupun ramai yang tahu keputusan itu dibuat oleh barisan juri profesional, tetapi mereka masih tidak puas hati.

Selain itu, ada juga sebilangan peminat yang berpendapat kegagalan ‘Pokok’ berpunca daripada Nubhan. Mereka berpendapat Nubhan tidak boleh menyanyikan lagu itu dengan baik seperti yang dilakukan oleh penyanyi asalnya, Hazama.

Hazama terkilan tuduhan lagu Pokok 'lagu kampung' tidak ke AJL26 (GAMBAR)


Penyanyi, Hazama akui agak terkilan dan kecewa apabila lagu Pokok Ciptaan Taja dari kumpulan MUH (Meet Uncle Hussein) gagal tersenarai sebagai antara lima lagu yang dijangka layak ke Anugerah Juara Lagu yang ke 26 (AJL 26).

Meskipun Cinta Teragung iaitu lagu yang dinyanyikannya sendiri pada Separuh Akhir Muzik Muzik 26 berjaya tersenarai dalam lima buah lagu tersebut, namun Hazama berkata dia masih mengharapkan tuah yang sama kepada lagu Pokok.

Sunday, November 27, 2011

Cinta Muka Buku Tewaskan Pokok Hazama


Lagu nyanyian Najwa Latif iaitu Cinta Muka Buku mengejutkan ramai pihak apabila terpilih sebagai Top 5 mengenepikan calon favourite Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat Nubhan di pusingan kedua separuh akhir Muzik Muzik 26 yang berlangsung malam tadi.

Turut terpilih dalam senarai ialah lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia, Cinta Teragung nyanyian Juara AF9, Hazama, Sungai Lui (Aizat) dan Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol).

Friday, November 18, 2011

Hazama segan bergandingan bersama Amy Search


Pernah bekerjasama bersama sewaktu di dalam Akademi Fantasia musim kesembilan yang lalu, ternyata ia bukan satu alasan utama termeterainya kolabirasi antara pemenang pertama musim itu, Hazama bersama pengetuanya, Amy Search dalam lagu  terbarunya, Simetri.

Mengakui sangat berminat dengan bakat yang ada di dalam diri legenda rock ini, menurut Hazama, biarpun dia pernah bekerjasama bersama semusim yang lalu, namun didalam dirinya, dia masih segan untuk bermesra dengan lelaki penuh bakat ini.

Thursday, November 10, 2011

Kesian Hazama AF9 tak laku (4 GAMBAR)

HAZAMA mengaku dia suka untuk mempunyai band sendiri berbanding menjadi penyanyi solo.

GAGAL sekali tidak bermakna akan gagal untuk selama-lamanya. Itulah prinsip yang dipegang oleh pemilik nama Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali Hazama AF 9 dalam meniti perjalanan kariernya sebagai anak seni.