Showing posts with label Najwa Latif. Show all posts
Showing posts with label Najwa Latif. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Ainan Tasneem Akui Sudah Berpunya? (VIDEO)


Penyanyi yang popular menerusi laman perkongsian video Youtube, Ainan Tasneem mengakui dirinya sudah berpunya dan tidak kekok untuk mendedahkan perkara berkenaan. Baginya, dia tidak kisah orang mengetahui statusnya itu kerana tidak mahu ada percakapan negatif mengenainya dan kekasihnya itu apabila terserempak dengan peminat.

Sunday, July 29, 2012

Najwa Latiff belajar dengan UniCliq di luar waktu sekolah


NAJWA Latif bersama Ketua Pegawai Operasi uniCLIQ, Analiz Alias menunjukkan muka hadapan portal e-pembelajaran yang dibangunkan oleh syarikat itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PORTAL e-pembelajaran uniCLIQ yang boleh dicapai di www.uniCLIQ.com melantik penyanyi popular remaja yang masih bersekolah, Najwa Latif sebagai duta rasminya.

Sunday, July 22, 2012

Najwa Latif Lancar Single Religi, AdaMu (VIDEO)


Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Najwa Latif telah melancarkan single religi beliau yang berjudul “AdaMU” serentak dengan video muzik yang dilancarkan di saluran YouTube-nya.

Monday, April 23, 2012

Fesyen Najwa Latiff yang sentiasa pelik (GAMBAR)


Penyanyi remaja yang mula popular melalui YouTube, Najwa Latiff mempertahankan kakaknya, Syafikah Latiff mengenai kritikan yang dilemparkan oleh umum mengenai imej dan fesyennya yang dikatakan pelik dan tidak kena dengan usianya angkara kakak penyanyi itu. Dipetik dari mStar, Najwa, yang kini bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, menegaskan, bahawa penampilannya pada sebarang acara-acara hiburan atau persembahan ditentukan oleh banyak pihak selepas perbincangan.

Monday, December 5, 2011

Bukan faktor popular nak Layak ke AJL - Azhar Borhan


MELIHATKAN senarai lagu yang layak ke AJL26, pasti ramai bersetuju bahawa kebanyakannya merupakan lagu yang popular di corong radio. Ini termasuklah lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif yang popular dalam kalangan peminat, tetapi dikatakan tidak mempunyai kekuatan.

Bagaimanapun, Ketua Juri Separuh Akhir Muzik Muzik 26, Azhar Borhan menepis dakwaan bahawa pemilihan dua belas lagu tersebut adalah berdasarkan populariti.

Saturday, December 3, 2011

Najwa Menangis Dapat ke AJL 26


“Alhamdulillah, saya rasa sangat seronok dapat mara ke peringkat akhir. Saya baru lima bulan berada dalam industri ini dan tak sangka boleh pergi sejauh ini. Kalau ada pihak yang tidak suka apabila lagu ini mara ke final, saya pun tak dapat hendak komen selanjutnya. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan ke final. Ini adalah keputusan juri profesional,” ujar Najwa mengakui dia mengalirkan air mata sebaik tahu ‘Cinta Muka Buku’ mara ke Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).

Sebagai seorang penyanyi dan penggubah kepada lagu ini pasti Najwa punya pendapat sendiri tentang lagu yang menjadi pertikaian ramai ini. Adakah Najwa terguris dengan komen-komen yang diberikan di laman Facebook dan Twitter? Atau dia sekadar buat tidak tahu?

Yuna popularkan pemuzik bertudung

BERTUDUNG tidak menghalang Yuna untuk mencuba pelbagai jenis fesyen.
PENYANYI berusia 25 tahun ini merupakan karyawan pemuzik pelapis yang boleh dijadikan ikutan para peminat dan artis lain. Ini kerana, selain mengetengahkan bakat seninya, Yuna juga tampil dengan imej bertudung.

Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini popular dengan lagunya seperti Dan Sebenarnya dan Penakut. Pada masa sama, dia juga mempopularkan imej bertudung di kalangan pemuzik wanita di negara ini.

Wednesday, November 30, 2011

Isu Lagu Pokok : Peminat Hazama, Meet Uncle Hussain salahkan Nubhan? (GAMBAR)



Apabila lagu ‘Pokok’ tidak tersenarai sebagai calon Top 5 pada pusingan kedua Muzik-Muzik Separuh Akhir minggu lalu, ramai yang mempertikaikannya. Rata-rata peminat Meet Uncle Hussain  (MUH) kecewa kerana lagu ini ditumpaskan oleh lagu ‘Cinta Muka Buku’ yang dianggap tidak layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL  26). Walaupun ramai yang tahu keputusan itu dibuat oleh barisan juri profesional, tetapi mereka masih tidak puas hati.

Selain itu, ada juga sebilangan peminat yang berpendapat kegagalan ‘Pokok’ berpunca daripada Nubhan. Mereka berpendapat Nubhan tidak boleh menyanyikan lagu itu dengan baik seperti yang dilakukan oleh penyanyi asalnya, Hazama.

Sunday, November 27, 2011

Cinta Muka Buku Tewaskan Pokok Hazama


Lagu nyanyian Najwa Latif iaitu Cinta Muka Buku mengejutkan ramai pihak apabila terpilih sebagai Top 5 mengenepikan calon favourite Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat Nubhan di pusingan kedua separuh akhir Muzik Muzik 26 yang berlangsung malam tadi.

Turut terpilih dalam senarai ialah lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia, Cinta Teragung nyanyian Juara AF9, Hazama, Sungai Lui (Aizat) dan Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol).

Monday, November 14, 2011

'Penakut' Yuna Ungguli AIM18


Yunalis Zarai @ Yuna mendahului senarai pemenang dengan membawa pulang tiga anugerah utama iaitu Lagu Terbaik, Vokal Terbaik Di Dalam Lagu serta Anugerah Kembara.

Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung penuh gilang gemilang di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi, turut menyaksikan album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid dinobat Album Terbaik untuk sepanjang tahun.

Friday, November 4, 2011

Najwa Latif maki & mahu saman wartawan


KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa masa depan saya dalam industri seni akan goyah disebabkan salah faham berlaku antara pengurus saya dengan wartawan,” kata penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, 16.

Itu penjelasan diberikan Najwa berhubung insiden membabitkan pengurusnya, Azahari Latif yang dikatakan memarahi wartawan stesen televisyen hanya kerana bertanyakan soalan peribadi kepadanya, minggu lalu.

Wednesday, October 26, 2011

Najwa Latif Menjerit Bakal Berduet Dengan Greyson


Najwa popular dengan lagu Cinta Muka Buku. - Foto AHMAD IZZRAFIQ
PETALING JAYA: Penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku menjerit apabila mengetahui dia bakal berduet dengan penyanyi muda dari Amerika Syarikat, Greyson Chance di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 pada 12 November depan.
Menurut Najwa, setelah mengetahui berita tersebut menerusi rakannya pada Jumaat lalu terus menghubungi syarikat rakamannya, NAR Records untuk mendapatkan pengesahan.

Sunday, October 2, 2011

Artis remaja bantu Kempen Kami Prihatin



GAYA Najwa Latif sewaktu menyanyikan lagu

Cinta Muka Buku.

KEMPEN Kami Prihatin yang bertujuan membendung gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak banyak memfokuskan kepada golongan remaja dalam usaha membentuk generasi yang lebih penyanyang.



Bagi menjayakan kempen itu, sasaran bukan setakat buat golongan muda, malah para penyanyi remaja juga berganding bahu pada Konsert Kempen Kami Prihatin yang diadakan di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini.