Showing posts with label hijrah. Show all posts
Showing posts with label hijrah. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Alangkah Manisnya Fazura Bertudung ? (3 GAMBAR)


Tampil bertudung ketika berlakon dalam drama bersiri Tahajjud Cinta, Fazura berkata, dalam hatinya sentiasa ada niat untuk memakai tudung.

Cuma, katanya, mungkin belum tiba waktunya dan penampilannya bertudung di kaca televisyen adalah bagi memenuhi tuntutan skrip drama lakonannya itu.

Saturday, December 3, 2011

Yuna popularkan pemuzik bertudung

BERTUDUNG tidak menghalang Yuna untuk mencuba pelbagai jenis fesyen.
PENYANYI berusia 25 tahun ini merupakan karyawan pemuzik pelapis yang boleh dijadikan ikutan para peminat dan artis lain. Ini kerana, selain mengetengahkan bakat seninya, Yuna juga tampil dengan imej bertudung.

Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini popular dengan lagunya seperti Dan Sebenarnya dan Penakut. Pada masa sama, dia juga mempopularkan imej bertudung di kalangan pemuzik wanita di negara ini.

Friday, November 25, 2011

Hikmah di sebalik perbezaan kalendar Hijrah, Masihi


DARIPADA Aisyah, katanya: “Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi Nabi SAW pada hari itu, namun amat perlu sekali bagi Baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi Baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika Baginda datang ke rumah kami waktu Zuhur, lalu kedatangan Baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. 

Berkata Abu Bakar: Nabi SAW tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting. Ketika Nabi SAW masuk ke tempat Abu Bakar, Baginda bersabda kepadanya: Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar. Berkata Abu Bakar: Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, Aisyah dan Asma’. Sabda Nabi SAW: Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)? Berkata Abu Bakar: Anda perlu teman, ya Rasulullah! Sabda Baginda: Ya, kawan. Berkata Abu Bakar: Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja ku sediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda. Sabda Nabi: Ku ambil seekor dengan harganya.” (Hadis riwayat Bukhari)