Showing posts with label nubhan. Show all posts
Showing posts with label nubhan. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Nubhan AF6 mula bangkit tuntut hak royalti



Selama ini penyanyi muda, Nubhan lebih selesa berdiam diri dan mengambil sikap tunggu serta lihat. Bagi penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF), selagi boleh bersabar dan isu pembayaran royalti oleh bekas syarikat rakaman seperti didakwanya dapat diselesaikan cara baik, dia akan terus menanti dengan reda.

Sunday, June 17, 2012

Nubhan Bercinta Dengan Model Cina?


Tidak tahu’lah sama ada gossip ini sengaja di’sebarkan atau memang sekarang ini Nubhan sedang menyulam kisah cinta sendiri dengan seorang model berbangsa Cina.

Tuesday, December 20, 2011

Betul Ke Nubhan Mula Pilih Bulu?


Sejak habis Akademi Fantasia 6 (AF6) populariti pemenang tempat ketiga, Nubhan semakin menjadi-jadi. Sana-sini cerita Nubhan terpampang termasuk menjadi penghias muka depan majalah.

Bukan itu saja, sempena lebaran tahun ini, Nubhan turut mendapat tempat untuk bermacam program hari raya. Pihak Astro sendiri turut menerbitkan drama istimewa tentang dirinya.

Wednesday, November 30, 2011

Isu Lagu Pokok : Peminat Hazama, Meet Uncle Hussain salahkan Nubhan? (GAMBAR)



Apabila lagu ‘Pokok’ tidak tersenarai sebagai calon Top 5 pada pusingan kedua Muzik-Muzik Separuh Akhir minggu lalu, ramai yang mempertikaikannya. Rata-rata peminat Meet Uncle Hussain  (MUH) kecewa kerana lagu ini ditumpaskan oleh lagu ‘Cinta Muka Buku’ yang dianggap tidak layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL  26). Walaupun ramai yang tahu keputusan itu dibuat oleh barisan juri profesional, tetapi mereka masih tidak puas hati.

Selain itu, ada juga sebilangan peminat yang berpendapat kegagalan ‘Pokok’ berpunca daripada Nubhan. Mereka berpendapat Nubhan tidak boleh menyanyikan lagu itu dengan baik seperti yang dilakukan oleh penyanyi asalnya, Hazama.