Sunday, July 29, 2012

Najwa Latiff belajar dengan UniCliq di luar waktu sekolah


NAJWA Latif bersama Ketua Pegawai Operasi uniCLIQ, Analiz Alias menunjukkan muka hadapan portal e-pembelajaran yang dibangunkan oleh syarikat itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PORTAL e-pembelajaran uniCLIQ yang boleh dicapai di www.uniCLIQ.com melantik penyanyi popular remaja yang masih bersekolah, Najwa Latif sebagai duta rasminya.

Ketua Pegawai Eksekutif uniCLIQ. Apandi Dollah berkata, Najwa dalah personaliti yang tepat bagi mewakili uniCLIQ kerana dia merupakan ikon bagi generasi muda dengan kumpulan penggemar dan pengikut yang ramai di dunia maya. 

"Najwa dipilih sebagai duta uniCLIQ berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam pelajaran dan juga di dunia seni," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi Najwa, UniCLIQ ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengulang kaji kerana sistem pembelajarannya yang ‘sempoi’ lagi menyeronokkan. 

"Bila sahaja ada kelapangan walau di mana pun saya berada, saya dapat membuat ulang kaji melalui uniCLIQ menggunakan gajet tablet android mahupun iPad atau alatan lain yang mempunyai capaian  Internet seperti komputer riba," ujarnya.

Najwa menyeru rakan-rakan serta peminatnya yang masih bersekolah dan ingin belajar secara mudah dan senang difahami untuk mencuba sistem e-pembelajaran uniCLIQ kerana bukan sahaja ia mudah diakses melalui komputer, tablet android atau iPad, malah harganya juga sangat berpatutan. 

Modul-modul dalam talian untuk pelajar sekolah rendah dan menengah boleh dilanggan dengan harga serendah RM20 sebulan untuk satu mata pelajaran. 

uniCLIQ menawarkan e-pembelajaran untuk subjek-subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala mata pelajaran elektif pula termasuklah Matematik Tambahan, Biologi, Seni Visual dan Pendidikan Islam. Pengguna juga boleh menikmati penjimatan dengan melanggan pakej 3 bulan dan 6 bulan pada harga diskaun.

Digelar “Portal pembelajaran luar waktu sekolah”, uniCLIQ dibangunkan untuk kegunaan semua pelajar dalam mempelajari dan mengulang kaji secara dalam talian sepanjang tahun. 

Produk pembelajaran maya ini dibangunkan bertujuan melengkapi pembelajaran konvensional di sekolah. Sistem e-pembelajarannya direka khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dengan membolehkan mereka menjalani pembelajaran dan membuat penilaian sendiri bagi pelbagai mata pelajaran menurut tahap kemahiran, kesesuaian masa serta keselesaan masing-masing.

UniCLIQ  mendapat perakuan daripada Kementerian Pelajaran kerana isi kandungan kursus multimedia interaktif ini dibangunkan mengikut Kurikulum yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment