Sunday, July 29, 2012

Mamat Tutup Akaun Twitter Kerana Edar Isu Zed Zaidi


KECOH sebentar dunia hiburan apabila pelawak Mamat Sepah memuat naik gambar Zed Zaidi di Twitter, yang didakwanya mengalami kemalangan.

Rupa-rupanya itu hanyalah sebahagian babak drama terbaru Zed dan Presiden Seniman itu sendiri mengesahkan dia selamat.

Akibatnya, Mamat dihentam teruk oleh pengikut Twitternya kerana menyebarkan khabar palsu.

Bagaimanapun, Mamat menegaskan dia sudah mengesahkan berita yang diterimanya daripada seorang rakan artis sebelum menyebarkannya kepada orang lain.

Apa pun, Mamat sudah pun meminta maaf kepada Zed dan telah menutup akaun laman sosialnya agar isu itu tidak berpanjangan.


No comments:

Post a Comment