Showing posts with label AIM. Show all posts
Showing posts with label AIM. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Penjelasan Auditor Ernst & Young Tentang Isu Penarikan Kemenangan Yuna Dalam AIM (3 GAMBAR & SURAT)


Nah surat penjelasan  daripada Ernst & Young tentang penarikan kemenangan Yuna dalam AIM baru-baru ini. Semoga penerangan ini akan dapat mengelakkan sebarang teori kononnya wujud konspirasi untuk memenangkan pihak-pihak tertentu.

Namun begitu Abang Nara cukup kagum dengan Anuar Zain dan Yuna yang bersikap profesional untuk hadir ke sidang media AIM semalam. Bukan senang untuk memenangi sesuatu dan kemudian ditarik balik atas kesilapan sebegini. Yang penting, kredibiliti AIM selaku penganjur anugerah muzik yang paling berprestij telah pun tercalar. Anuar Zain telah berkata:-

Thursday, November 24, 2011

"Bukan Trofi Second Hand”, Kami Adalah Mangsa Keadaan – Anuar Zain


“Saya akui perkara ini sesuatu yang pelik dan memalukan saya. Saya sendiri tidak tahu hendak cakap macam mana lagi. Saya sendiri berfikir, bagaimana mahu berdepan dengan Yuna, diri sendiri dan orang ramai bila diberi tahu dengan berita ini. Sejujurnya dalam hal ini, kami berdua telah menjadi mangsa keadaan,” ujar Anuar Zain mengulas tentang isu penarikan semula trofi kemenangan Yuna menerusi kategori Lagu terbaik yang sepatutnya adalah milik lagu nyanyiannya, ‘Sedetik Lebih’ ciptaan Edry Abdul Halim.

Anuar  yang ditemui ketika majlis sidang media bagi membetulkan keputusan Lagu Terbaik AIM18 petang semalam, secara peribadi juga berpendapat sekiranya perkara ini didiamkan saja tidak mengapa apatah lagi jikalau anugerah ini tidak diberikan semula kepadanya dan Edry, memandangkan berat untuk dirinya menerima perkara ini lebih-lebih lagi memikirkan perasaan dan mengormati Yuna.

Anuar Zain & Edry kagum dengan ketabahan Yuna


Heboh seketika dunia hiburan selepas berlakunya kontroversi penarikan semula trofi Anugerah Lagu Terbaik, untuk Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang dianugerahkan pada pemilik penuh lagu, Penakut, Yuna oleh pihak AIM berikutan berlakunya kesilapan dalam proses pengeditan oleh pihak juru audit, Ernst & Young.

Memartabatkan lagu Sedetik Lebih, ciptaan Edry Abdul Halim dan nyanyian, Anuar Zain sebagai pemenang sebenar anugerah itu, ia sebenarnya tidak membawa kegembiraan yang besar buat Edry dan Anuar.

"Saya Malu kat Yuna, Tidak Beri Pun Tak Mengapa" - Anuar Zain


Berbeza dengan Yuna, pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’, Anuar Zain mengakui kesilapan yang berlaku cukup memalukan dirinya. Jelas Anuar, walaupun dia menerima keputusan itu, tetapi dia sebenarnya tidak tahu bagaimana cara hendak berhadapan dengan Yuna, Edry, peminat dan juga diri sendiri.

“Saya sudah menerima keputusan AIM tempoh hari. Apabila diberitahu ada kesilapan dan mereka (Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)) mahu berikan anugerah Lagu Terbaik itu kepada saya, saya berasa sedikit pelik. Saya tidak tahu bagaimana hendak hadapi Yuna, Edry, peminat dan juga diri sendiri. Saya rasa tidak payah bagi pun tidak apa. Ini memang menjejaskan kredibiliti kerana ia melibatkan maruah beberapa orang.

Wednesday, November 23, 2011

"AIM Tiada Integriti" - Faizal Tahir, Isu Tarik Balik Trofi Yuna


Kontroversi yang melibatkan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna di mana trofi kemenangannya menerusi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) akan ditarik balik bukan saja mengejutkan penggemar muzik tempatan malah juga rakan-rakan penggiat seni yang lain. Perkara ini bukan saja memalukan, malah ia juga menjatuhkan kreadibiliti AIM sebagai sebuah anugerah muzik terbesar di negara ini. Ikuti reaksi beberapa selebriti tanah air mengenai isu yang menimpa penyanyi lagu ‘Penakut’ ini.

"Seluruh Industri Muzik Tuntut Penjelasan" - Yuna



Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

GEMPAR! Memalukan! Anugerah Lagu Terbaik Yuna dibatalkan (3 GAMBAR)


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Monday, November 14, 2011

Sarimah Ibrahim Tayang Kekasih Baru di AIM18


KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER 2011: Sudah lama tidak muncul dalam mana-mana acara hiburan, pengacara TV dan pakon popular, Sarimah Ibrahim secara terbuka menayang kekasih barunya ketika hadir di karpet biru Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM18), di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini sebentar tadi.

Jejaka kacak dari Perancis yang ingin dikenali sebagai Guillamae itu telah berbesar hati menemani Sarimah Ibrahim untuk acara berprestij berkenaan.

'Penakut' Yuna Ungguli AIM18


Yunalis Zarai @ Yuna mendahului senarai pemenang dengan membawa pulang tiga anugerah utama iaitu Lagu Terbaik, Vokal Terbaik Di Dalam Lagu serta Anugerah Kembara.

Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung penuh gilang gemilang di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi, turut menyaksikan album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid dinobat Album Terbaik untuk sepanjang tahun.

Thursday, October 20, 2011

AIM 18 Diboikot?



Satu persatu kontroversi melanda Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18). Selepas tidak bersetuju dengan senarai pencalonan akhir serta isu kewarganegaraan yang dipersoalkan, terbaru AIM 18 khabarnya akan diboikot oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pencalonan baru yang dibuat oleh pihak penganjur itu. Berikut merupakan reaksi dua Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM 18 iaitu Encik Adrian Lim dan Encik Rosmin Hashim mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Sunday, October 2, 2011

Norman jawab kontroversi AIM




Barisan artis dan karyawan yang hadir pada majlis rumah terbuka
anjuran RIM, di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay,
Kuala Lumpur, baru-baru ini
KONTROVERSI penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) mula melanda industri muzik tempatan walaupun majlis penganugerahan tersebut belum lagi dilaksanakan.

Bakal berlangsung pada 12 November hadapan, isu kewarganegaraan menjadi persoalan utama yang dipertikaikan banyak pihak sekali gus mempersoalkan ketelusan sistem penjurian AIM18.