Friday, November 25, 2011

Penjelasan Auditor Ernst & Young Tentang Isu Penarikan Kemenangan Yuna Dalam AIM (3 GAMBAR & SURAT)


Nah surat penjelasan  daripada Ernst & Young tentang penarikan kemenangan Yuna dalam AIM baru-baru ini. Semoga penerangan ini akan dapat mengelakkan sebarang teori kononnya wujud konspirasi untuk memenangkan pihak-pihak tertentu.

Namun begitu Abang Nara cukup kagum dengan Anuar Zain dan Yuna yang bersikap profesional untuk hadir ke sidang media AIM semalam. Bukan senang untuk memenangi sesuatu dan kemudian ditarik balik atas kesilapan sebegini. Yang penting, kredibiliti AIM selaku penganjur anugerah muzik yang paling berprestij telah pun tercalar. Anuar Zain telah berkata:-
Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut. Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu ‘Penakut’ sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka. Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut. Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja. Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif. Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan


Semoga perkara sebegini akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada mana-mana pihak penganjur supaya ianya tidak berulang lagi. Pendapat Abang Nara, mungkin sudah tiba masanya untuk pemuzik-pemuzik Malaysia bergabung dan membuat satu anugerah ciptaan sendiri yang tidak bergantung kepada mana-mana organisasi.

Sementara itu Yuna di dalam Twitternya menyatakan yang dia OK dengan keputusan ini dan berharap agar orang lain pun turut OK. Kalau tuan punya kena tarik trofi pun dah kata dia OK, kita pun OK jugaklah kan?