![]() |
| AMY dan Search memberi persembahan final yang cukup hebat. Seleksi lagu, pencahayaan pentas dan sistem bunyi yang agak baik banyak membantu kepada kejayaan konsert pada malam itu. |
"KAMI tidak pernah bermimpi untuk menjadi sebesar ini. Ini adalah satu perjalanan yang hebat," begitu ringkas vokalis Search, Amy, mendefinisi kembara band buatan Malaysia yang begitu fenomena ini saat ditemui di selang-seli kesibukan menjalani jelajah Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang berakhir pada 31 Disember lalu di Kuching, Sarawak.







