KUALA LUMPUR: Selepas filem Bunohan ditayangkan di Amerika Utara dan bakal menembusi pasaran antarabangsa, nama Faizal Hussein, 44, menjadi sebutan para media tempatan dan luar negara.Filem yang turut dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Pekin Ibrahim, Nam Ron dan Bront Palarae itu ditayangkan di Amerika Utara dalam sebuah tayangan perdana sempena 'Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011'.






