Showing posts with label faizal hussein. Show all posts
Showing posts with label faizal hussein. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Faizal Hussein Nasihat Pelakon Baru Tidak Ghairah Terima Tawaran


PETALING JAYA: Pelakon berbakat besar, Faizal Hussein, 44, menasihati pelakon baru dan lebih muda darinya agar tidak terlalu ghairah menerima setiap tawaran lakonan.

Tegasnya, kadangkala disebabkan mengejar banyak tawaran lakonan menyebabkan seseorang pelakon itu menjadi letih dan sebab itu berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sesetengah artis.

Sunday, November 27, 2011

Filem BUNOHAN menang anugerah NETPAC di Festival Filem Golden Horse Taipei


Filem drama-aksi Malaysia berjudul BUNOHAN, yang telah pun membuat gelombang di arena antarabangsa, menerima Anugerah NETPAC di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011. Pengarah Dain Said menerima anugerah tersebut bagi pihak produksi.

Juri NETPAC memuji filem tersebut kerana mereka mendapati BUNOHAN filem menggunakan cara yang paling kreatif dan unik disamping menggunakan bahasa sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari Asia. Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) dianugerahkan  bagi menggalakkan pawagam-pawagam di Asia mengenengahkan filem-filem yang luar biasa dan berhasrat untuk mencungkil bakat-bakat baru.

Tuesday, November 15, 2011

Faizal Hussein Makin Laris Diburu Wartawan E! News & Discovery


KUALA LUMPUR: Selepas filem Bunohan ditayangkan di Amerika Utara dan bakal menembusi pasaran antarabangsa, nama Faizal Hussein, 44, menjadi sebutan para media tempatan dan luar negara.

Filem yang turut dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Pekin Ibrahim, Nam Ron dan Bront Palarae itu ditayangkan di Amerika Utara dalam sebuah tayangan perdana sempena 'Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011'.

Monday, November 14, 2011

Wajah Faizal Hussein Monopoli Tiga Filem Baru (GAMBAR)


KUALA LUMPUR: Wajah pelakon Faizal Hussein bakal memonopoli tiga buah filem baru yang bakal menjalani penggambaran secara berperingkat.

Penerbit bersekutu Asri Abdul Rahman mengumumkan Faizal bakal berlakon dalam ketiga-tiga buah filem yang diusahakan oleh tiga buah syarikat iaitu filem Khon Malay, Taiko dan 1945.