Sunday, October 30, 2011

Persembahan Hebat Artis Malaysia di Nirvana Tribute Gig (8 GAMBAR)


“Grunge Not Dead!” itulah yang sering dilaungkan oleh peminat-peminat setia rock band Nirvana kumpulan trio terdiri daripada. 3 orang yang bernama Kurt Cobain, Krist Novoselic dan Dave Grohi. Melalui album “Nevermind” yang telah dikeluarkan pada September 1991 telah mendapat sambutan diluar jangkaan oleh peminat-peminatnya dan telah menjadi album no1 di Billboard’s U.S Sales Chart selama beberapa bulan sewaktu ketika dulu.

Terima kasih kepada Tune Talk dan Universal Music Malaysia (UMM) kerana membawakan kenangan ini kembali dalam ingatan. Untuk pengetahuan semua, Universal Music Malaysia telah mengeluarkan album 4-CD/1-DVD Super Deluxe Edition yang berjudul Nirvana’s Nevermind dan boleh dapatkan dipasaran pada 22 September 2011.  Juga terdapat Nevermind 20th Anniversary 1-CD Remaster, 2-CD Deluxe Edition, Gatefold Vinyl (4-LP), Live at Paramount DVD dan Blu Ray.

Sabtu lepas bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, peminat-peminat dan band-band terkemuka tanahair berkumpul melakukan satu gig khas untuk memperingati kumpulan rock Nirvana ini. Rata-rata ramai diantara anak muda dan mereka yang membesar dengan lagu-lagu Nirvana hadir untuk berhibur bersama. Persembahan yang dihangatkan dari band Happy Siblings, Kugiran D’Tepi Pantai, AhmadAhmad, The Azenders, One Buck Short dan Kyoto Protocol. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan adalah Love Buzz, The Man Who Sold The World, Smelss Like Teen Spirit, Came As You Are, Polly, All Apologies, Rape Me, You Know You’re Right, Territorial Pissings, Breed, One A Plan dan Lithium.









No comments:

Post a Comment