Sunday, October 30, 2011

Muzik FM Bakal Tutup November Depan?



KL, 19 OKT 2011: Mungkin ramai tidak tahu, jatuh bangunnya sesebuah stesen radio terletak kepada keputusan kaji selidik yang dijalankan AC Nielson. Adakah radio itu patut diteruskan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan yang diumumkan setahun hanya 2 kali saja.

Untuk tahun ini, keputusan bagi penggal kedua kajian ini masih belum diumumkan lagi walaupun setiap stesen sudah pun berusaha bertungkus-lumus dengan menjalani ujian tersebut. Kalau tak silap, ujian itu dijalankan tatkala Murai Batu dan anda semua menjalani ibadah puasa serta menyambut Aidilfitri lepas.

Sungguhpun keputusan itu masih belum keluar dan adakah Sinar FM akan terus berada di tangga teratas?

Walaupun Murai Batu excited nak menunggu keputusan survey tersebut, namun dalam waktu yang sama Murai Batu telahtelah pun menerima satu berita yang mengejutkan tentang radio Muzik FM.

Walaupun sudah 2 kali Muzik FM menjadi radio nombor satu dikalangan radio terbitan RTM, namun stesen radio yang banyak menampilkan ramai penyampai muda termasuklah Muadz, Odie, Azura, Khairul dan Dian masih tak mampu untuk berdiri teguh.

Senang cakap, stesen radio ini yang mempunyai konsepnya ala-ala Era FM dan Suria FM itu dikatakan bakal berkubur mulai November depan. Sebab musibab kenapa Muzik FM ditutup tidak pula diketahui Murai Batu. Pun begitu, keputusan ini dibuat disebabkan oleh perkara-perkara yang tdiak dapat dielakkan.

Pun begitu, dengan adanya penutupan radio ini, Murai Batu dapat tahu akan wujud pula sebuah stesen radio baru yang diberi nama Nasional FM. Macam pernah dengar je nama tu? Khabarnya, Nasional FM merupakan nama baru bagi Muzik FM dan semua penyampai Muzik FM akan bekerja dibawah bumbung Nasional FM.

Sungguhpun orang yang bekerja dalam Nasional FM itu datang dari Muzik FM, isi kandungan dalam radio baru itu seratus peratus lain dari Muzik FM. Tak sama macam dulu lah!

Murai Batu dimaklumkan radio baru ini akan lebih kepada berita tentang info dari kerajaan dan jikalau diberi peratusan pula ia lebih kepada 40 peratus berita dan 60 peratus hiburan.

Sumber Murai Batu turut menambah, sebenarnya Nasional FM adalah pecahan dari Klasik Nasional FM yang akan bertukar kepada Klasik FM saja tetapi masih mengekalkan konsep yang sama dengan Klasik Nasional.

Ayooo. Pening betul Murai Batu mendengarnya. Apakah yang sebenarnya berlaku? Apa sudah terjadi? Adakah benar Muzik FM ditutup? Atau adakah Muzik FM sebenarnya bertukar nama dan konsep saja? Apa kena mengena Klasik Nasional dalam hal ini?

Walaupun pening memikirkan segalanya, Murai Batu merasakan adalah wajar sekiranya pihak yang berkaitan dengan radio ini berfikir dulu sebelum melakukan sebarang tindakan. Bagi Murai Batu jatuh bangunnya sesebuah radio juga terletak pada sambutan pendengar. Kenalah bertanya pendengar apa selera mereka.

Jikalau ramai anak muda suka dengarkan Muzik FM dan radio ini mempunyai pengaruh besar, buat apa ia ditutup? Lebih baik buat kajian tanya pendengar dulu adakah mereka mahu Muzik FM ditutup atau pun tukar nama dengan konsep sekali?

Apa kes pun, Murai Batu menasihati kepada warga Muzik FM dan pendengarnya sekali jangan bertindak terburu-buru. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin inilah suratan takdir. Kalau benar minat dan perasaan mendalam mereka dalam dunia penyiaran radio itu kuat, gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya. Tak kisah radio apa, kalau kita kreatif dan inovatif, kepuasan dan apa yang diingini dimakbulkan Illahi.

Murai Batu pun menunggu dari pihak pengurusan mengenai berita ini. Jika benar ditutup, satu sidang akhbar perlu dijalankan supaya masyarakat tidak keliru.

No comments:

Post a Comment