Showing posts with label alyah. Show all posts
Showing posts with label alyah. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Alyah kena apendiks dan jangkitan ovari serius (GAMBAR)

ALYAH muntah-muntah sebelum dikejarkan ke hospital.

BERMULA dengan muntah-muntah dan tubuhnya dirasakan tidak selesa, Alyah akhirnya mendapat tahu dia sebenarnya mempunyai masalah kesihatan di tahap serius sehingga memerlukan dirinya dibedah! Kata Alyah, pembedahan segera terpaksa dilakukan setelah dia mengalami sakit perut luar biasa dan badannya sangat lemah.

Saturday, October 22, 2011

Fabulous Cats Jawab Isu Lamar Zizi AF7


KL, 8 JUN 2009:  Dari awal kemunculan kumpulan The Fabulous Cats hingga kini, ahli kumpulannya sering berubah-ubah. Perubahan ini lebih ketara kepada ahli wanitanya selalu tidak bertahan lama. Buktinya, ahli asal wanitanya adalah Alyah yang kini tengah popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang. 

Wednesday, October 5, 2011

Penyayi Alyah terjatuh ketika menyanyi di pentas

PROFESIONAL. Biarpun terjatuh ketika menyanyi di pentas, Alyah tetap meneruskan nyanyiannya.


Biarpun sibuk merencanakan pergerakan kumpulan Chocolate, Alyah juga secara rasminya menjadi selebriti yang terlibat dengan kempen Siapa Peduli? yang membantu mengutip derma untuk membina hospital kanak-kanak di bumi Gaza, Palestin.
Kempen itu juga menampilkan sebuah album kompilasi daripada artis ternama tanah air seperti Mawi, Azhan Atan, Putera, Mila, Jay Jay, Liza Hanim, Syafinaz, Hafiz AF7 dan Alyah.

Alyah temui Chocolate (GAMBAR)



MENYUSUP perlahan di bawah lembayung seni semenjak ditabal sebagai sang juara Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) terbitan stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun 2000, Alyah, 30, tidak lekas mengalah dalam mengharungi ranjau dan duri dunia seni. Bahkan, si genit itu semakin deras mencatur langkah.


Lebih sedekad berkarya di laman seni, akhirnya penyanyi bersuara lantang itu berjaya mengejutkan peminatnya menerusi kualiti lagu dan vokal menerusi lantunan Tak Mungkin Kerna Sayang, single pertama daripada album pertamanya, Alyah.