Empat peguam wanita yang ditahan polis ketika hendak berjumpa dengan anak guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin tiga tahun lepas, hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan.
Fadiah Nadwa Fikri, 29, Murni Hidayah Anuar, 28, Puspawati Rosman, 31, dan Syuhaini Safwan, 28 memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany.











