Showing posts with label Tuduh Polis Bakar Rumah Mat Sabu Jangan Cakap Sembarangan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar Khalid. Show all posts
Showing posts with label Tuduh Polis Bakar Rumah Mat Sabu Jangan Cakap Sembarangan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar Khalid. Show all posts

Friday, May 4, 2012

4 peguam saman Ketua Polis Negara dan k'jaan


Empat peguam wanita yang ditahan polis ketika hendak berjumpa dengan anak guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin tiga tahun lepas, hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan.
    
Fadiah Nadwa Fikri, 29, Murni Hidayah Anuar, 28, Puspawati Rosman, 31, dan Syuhaini Safwan, 28 memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Tuesday, November 29, 2011

Letupan di Maju Junction berpunca dari penyelenggaraan (3 GAMBAR)



IPOH 29 Nov. — Kejadian letupan gas di sebuah restoran di pusat beli-belah Maju Junction, Kuala Lumpur dua hari lalu dipercayai ada kaitan dengan sistem penyelenggaraan yang tidak betul, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Katanya, pemilik restoran atau bangunan yang mengunakan sistem pemasangan saluran gas perlu meningkatkan penyelenggaraan standard yang lebih tinggi bagi mengelak kes kebocoran gas yang membawa kejadian letupan.

Monday, November 28, 2011

Tiga Maut Bot Meletup Di Kudat


Angkara puntung rokok, dua wanita dan seorang lelaki rentung, manakala empat yang lain termasuk seorang wanita parah apabila tangki minyak dalam sebuah bot yang berlabuh di Jeti Angkasa Baru meletup, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu dipercayai berpunca daripada letupan tangki minyak sebuah bot nelayan sebelum api merebak ke sebuah lagi bot nelayan dan bot kecil yang berlabuh di jeti sama.

Thursday, September 22, 2011

Tuduh Polis Bakar Rumah Mat Sabu: Jangan Cakap Sembarangan - Khalid

"Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia (Mat Sabu) cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak"

JOHOR BAHARU: Timbalan Ketua Polis Negara menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.