Wednesday, November 9, 2011

Nabila Bertekak di Twitter Gara-gara Gambar Bikininya (3 GAMBAR) @abilsuhaimi



Kecohnya pasal artis-artis melayu seislam kita sekarang ni yang terikut-ikut dengan jejak dan budaya artis-artis bukan islam luar negara. Terbaru yang sedang meletup-letup, mengenai anak kepada RockStar kita Amy Search, Nabila Huda yang dikatakan berbikini semasa bersantai di Pulau Tioman juga gambar kantoi bercium semasa menyambut Pesta Halloween.


Adakah benar itu Nabila atau tidak, tidak pula Nabila tampil memberikan penjelasan. Tetapi, melalui Twitternya, dia agak tegang selepas dikutuk mengenai ini.

Kepada Nabila, memanglah artis perlu ada waktu ‘Privacy’nya sendiri tetapi artis kenalah ingat bahawa mereka idola dan menjadi ikutan (Trend) penggemarnya. Ramai peminat Nabila lebih-lebih lagi adik-adik remaja diluar sana yang menjadi tanggungjawab Nabila untuk tunjukkan contoh yang baik. Harap Nabila dapat renung-renungkan perkara ini. 

Sedih juga bila baca status Nabila yang orang tidak tahu apa yang dia alami selagi tidak berada di tempatnya. Jadikan ini sebagai permulaan untuk Nabila berubah.

Sayangi diri Nabila tu, jangan dilepaskan tekanan dengan cara begitu ok? Kesian dengan ayah Rockstar Nabila yang sedang berdakwah melalui lagunya juga anak Nabila yang masih perlu menjadikan ibunya sebagai contoh.

Kepada artis-artis diluar sana, sudah-sudahlah tu. Sudah terbukti pun, Datuk Siti Nurhaliza umpamanya berjaya tanpa perlu memperagakan diri serta sentiasa menjaga tatatertibnya sebagai seorang ‘Public Figure’. Demi untuk menjaga nama keluarganya juga.




No comments:

Post a Comment