Showing posts with label jamal abdillah. Show all posts
Showing posts with label jamal abdillah. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Konsert 4 Lagenda Mei Ini

Zainal Abidin bersama tiga lagi penyanyi hebat tanah air iaitu Datuk Sheila Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah pada pelancaran konsert The Legendary Concert, di sini, petang Rabu.
KUALA LUMPUR, 8 MAC 2012: Peminat muzik tempatan bakal digegarkan dengan konsert The Legendary Concert 2012 -Dulu, Kini dan Selamanya, yang akan menggabungkan empat nama besar iaitu Jamal Abdillah, Zainal Abidin, Amy Search dan Datuk Shiela Majid bermula 5 Mei depan.

Monday, February 20, 2012

Kolaborasi lama dan baru semakin menjadi trend


Trend kolaborasi artis lama dan baru, kian mendapat tempat di hati pendengar masa kini.

Lihat saja lagu, kalau Berpacaran, gandingan Ana Raffali, Altimet dan Sohaimi Meor Hassan, yang berjaya memikat pelbagai lapisan pendengar.

Friday, January 6, 2012

Jamal Takut Komen Tentang Pengasih


Umum mengetahui penyanyi terkenal, Jamal Abdillah telah meninggalkan rumah perlindungan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) pada awal November lalu. Wujud khabar angin kononnya Raja Pop itu telah diarahkan keluar dari Pengasih gara-gara mempunyai krisis dengan pihak pengurusan tersebut. 

Sebelum ini, pihak media cuba mendapatkan komen Jamal mengenai isu tersebut namun penyanyi kelahiran Perak ini enggan mengulas lanjut dan memberitahu akan mengadakan sidang akhbar khas bagi menjelaskan hal sebenar. Namun, setelah hampir dua bulan berlalu, pelantun lagu “Gadis Melayu” ini masih belum mengadakan sebarang sidang akhbar.

Wednesday, December 28, 2011

Karnival sehari khas buat Jamal di Maju Junction (GAMBAR)


TOLAK ke tepi soal kemelut beliau dengan rumah Pengasih dan segala macam spekulasi yang melanda. Hakikatnya, Jamal Abdillah tetap gigih berjuang menjadi seorang penghibur yang berjaya.

Sesudah berjaya menghimpunkan ramai peminat pada setiap konsert dan persembahan di sana-sini selain jualan album membanggakan, penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini kembali dengan sebuah lagi penganjuran acara istimewa buat peminat setianya.

Monday, December 26, 2011

Jamal hidup percuma saja di Rumah Pengasih? (4 GAMBAR)


JAMAL ABDILLAH cukup tersinggung dengan tuduhan dia tidak memberi sebarang sumbangan kepada Pengasih. 


SUKAR untuk membuatkan lelaki bersuara hebat ini mengeluarkan kata-kata. Namun, apabila Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 52, mula meluahkan kata-kata bahawa dia kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap dirinya, itu bermakna dia benar-benar terkilan dengan apa yang terjadi.