Nabila Huda 27 anak kepada penyanyi Amy Search kini berstatus solo. Nabila kini dikejar gosip liar mengatakan dia bercinta sakan dengan penyelam, ditambah pulak tersebar gambar dia bercuti di Pulau Tioman bersama penyelam berkenaan. Dalam media hiburan hari ini Nabila Huda menafikan orang ketiga punca keretakan rumah tangganya yang dibina bersama Zaidy Zailani atau Eddy.
Nabila akui Eddy lelaki yang baik
Nabila enggan bercerita mengenai hal rumahtangga dan lebih suka jika ditanya tentang kerjaya seninya kerana dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Bagi Nabila, soal jodoh dan maut itu kerja tuhan, dia mengakui Eddy pernah menjadi kekasihnya selama 8 tahun dan seorang lelaki yang baik.
Perpisahan itu kerja tuhan:
Nabila atau Abil mengakui dia bukan wanita dan juga isteri yang baik, tanggungjawab seorang isteri itu cukup besar baginya hingga dia rasa tewas dengan tanggungjawab yang harus dipikulnya.
Nabila solo kerana tak mahu hidup terkongkong:Jika ada pihak yang menuduh dia sengaja memperbesarkan isu dan hal remeh temeh kerana mahu hidup solo , itu adalah satu tuduhan kurang bernas. Bagi Nabila hanya dia dan Eddy sahaja yang tahu hal sebenar. Adakah Nabila hidup terkongkong?
Nabila main kayu tiga
Apabila dituduh dia ada hubungan dengan lelaki kaya, Nabila cepat menjawab,
Dia mengaku banyak kawan lelaki dan jika ditakdirkan berkahwin lain atau berjumpa jodoh, dia tidak menafikan soal jodoh dan perasaan cinta itu datang dari Tuhan. Dia tetap menjadikan pengalaman berumah tangga dalam hidupnya sebgai pengalaman manis. Biarpun dia sedih tetapi dia tidak mahu melayan perasaan sedihnya dan hidup perlu diteruskan.
Nabila Suka Menyelam
Nabila kini tdak memikirkan soal kahwin lagi dan mahu memberi fokus lagi kepada kerjaya lakonan. Di samping itu dia mahu mencapai impian iaitu mahu pergi melancong dan melakukan sukan kegemaran, menyelam. Nabila bakal menyelam di Bali, Indonesia pada tahun depan.
sumber petikan dari kosmo
No comments:
Post a Comment