Showing posts with label awal ashaari. Show all posts
Showing posts with label awal ashaari. Show all posts

Monday, May 21, 2012

TV3 Sahkan Awal Ashaari Ganti Dira di 'Melodi'

Zizan kini bergandingan bersama Awal Ashaari setelah TV3 menggugurkan Dira dalam 'Melodi'.
PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 akhirnya mengesahkan secara rasmi aktor Awal Ashaari dilantik sebagai pengacara tetap rancangan Melodi bagi menggantikan Dira Abu Zahar.

Awal Ashaari akan berganding dengan Zizan Razak pada awal Jun depan.

Wednesday, May 2, 2012

Pernikahan Awal-Scha Esok Di Astro Awani (5 GAMBAR)


Esok malam merupakan pernikahan pasangan popular dan sensasi Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan dilangsungkan di Pullman Putrajaya Lakeside pada 4 Mei. Jadi kepada anda yang meninati mereka dan mahu menonton secara langsung bolehlah menontonnya esok – Jumaat, 9 malam di Astro Awani. Jadi yang nak melanggan Astro tu bolehlah buat hari ini.. jika mahu.

Awal, Scha pilih New York untuk bulan madu


AWAL (kiri) dan Scha mencuba pakaian pengantin sambil dibantu Pengarah Urusan Atikah’s Songket, Noriah Ashari di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pasangan popular Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha telah memilih New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian bulan madu mereka.

Thursday, April 26, 2012

'BMW' Tema Fotografi SCHA dan AWAL (GAMBAR)


Bertemakan 'Best Man Win' (BMW), merujuk kepada gambaran kesungguhan Awal Ashaari dalam usaha memenangi hati, kekasihnya Scha al-Yahya, inilah hasil foto pra-perkahwinan pasangan popular ini. Amacam? Ada yang kata ala poster filem. Kelassss! Anda rasa?

Friday, March 30, 2012

Scha Al-Yahya kena denggi, hadir kursus kahwin


"Saya menghadiri kursus kahwin bersama Awal Ashaari pada penghujung Januari lalu. Kursus diadakan selama dua hari dan ketika itu sememangnya saya telah rasa badan tidak berapa sihat. Ingatkan demam biasa, namun saya tidak menyangka rupanya saya terkena demam denggi," kata Scha Al-Yahya mengimbas kembali kenangannya menghadiri kursus kahwin bersama bakal suaminya.

Wednesday, March 28, 2012

Lisa Surihani, Yusry rai pertunangan Liyana Jasmay (26 GAMBAR)


Liyana Jasmay sah bertunang dan bakal bernikah pada 24 Januari 2013. (inset) Lisa Surihani & Yusry yang baru sahaja menghabiskan bulan madu turut hadir

Pelakon popular, Liyana Jasmay, 24 mengikat tali pertunangan bersama Fathuddin Mazlan, 28 di kediamannya bertempat di Kemensah Height, KL, malam tadi.

Awal Ashaari dan Scha Al Yahya diijab kabul 4 Mei (5 GAMBAR)

Pasangan kekasih hangat, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah pun selamat umumkan tarikh bahagia mereka di sebuah majlis ringkas di Flora Cafe, Jalan Ampang.
SETELAH hampir tiga tahun menyulam cinta, akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al Yahya memilih 4 Mei ini sebagai momen bermakna buat mereka, disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Berita gembira ini disampaikan oleh pasangan romantis ini dalam satu sidang media di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, petang semalam.

Thursday, March 15, 2012

9 Wajah Gaun Pengantin Scha Al-Yahya (10 GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 14 MAC 2012: Kala aktres bernama Scha Al-Yahya menghitung hari menanti tibanya hari bahagia tidak lama lagi, kala itu jugalah dia disapa manja oleh pereka fesyen muda berbakat besar Syaiful Baharim bagi merealisasikan sembilan persalinan pengantin istimewa.

Thursday, January 12, 2012

Lisa Surihani mahu Awal dan Scha Al-Yahya Tunda Kahwin


KUALA LUMPUR, 12 JAN 2012: Memilih tarikh yang sama dengan pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry KRU telah menyebabkan pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan pelakon Scha Alyahya menunda majlis perkahwinan mereka.

Terkejut apabila mendapat tahu tarikh nikah tersebut serentak dan berhampiran dengan majlis bersanding, telah membuatkan Awal Ashaari mengalah dan membiarkan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga terlebih dahulu.

Monday, December 5, 2011

6 Koleksi hangat 2011 Artis Perang Di FB & Twitter (7 GAMBAR)


Setia kepada tradisi portal gua setiap kali tiba masanya untuk melabuhkan tirai pada tahun yang bakal berakhir, GUA akan mengimbas kembali peristiwa-peristiwa menarik yang telah mewarnai industri hiburan tanahair 2011.

GUA mulakan dulu dengan keterujaan segelintir artis untuk menjadikan laman sosial seperti Facebook dan Twitter kepada medan perang mereka. Tanpa menyedari bagi sebahagian daripada mereka, tindakan itu ibarat membuka pekung di dada yang akhirnya memalukan diri sendiri.

Wednesday, November 9, 2011

Misha, Scha dan Awal Pilih Februari 2012 tarikh kahwin



Entah mengapa, tiba-tiba Miss Propa tergerak hati untuk menyarungkan persalinan perkahwinan rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo ini. Terima kasih daun keladi kepada Calvin Thoo, memang cantik gaun singkat ini di badan Miss Propa. Suka tak?

Saturday, October 29, 2011

Romantis Scha Al-Yahya & Awal Ashaari Bercuti Di Korea Selatan (13 GAMBAR)


Seronok lihat pasangan selebriti bercinta  Awal Ahsaari dan Scah Al-Yahya bercuti di Korea Selatan. Sebelum anda membuat kesimpulan yang bukan-bukan, mereka berada di Korea Selatan atas dasar kerja dua dalam satu. Maksudnya bekerja sambil bercuti.
Gambar yang kami perolehi ini di ambil daripada rakan media, Budiey yang turut berada dalam percutian tersebut.