Seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ahli keluarga dan kakak kepada Norman Hakim, tampil untuk membela adiknya itu dari terus dikecam pelbagai pihak ekoran majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman – Memey Suhaiza yang ditaja pihak Rafflesia Pearl Centre (Rafflesia) baru-baru ini.


Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai ‘Norish Zaid’ berkata, kritikan pedas oleh Chef Wan terhadap majlis resepsi adiknya itu agak keterlaluan dan beliau menafikan hampir semua pandangan selebriti masakan itu.