Showing posts with label Khairul Fahmi APEK Dahlia Teck Beraya Bersama. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi APEK Dahlia Teck Beraya Bersama. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Apex penjaga gol termahal negara


Pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit malah lebih banyak daripada gaji yang terima beliau bermain dengan Kelantan.

KOTA BHARU – Dengan pendapatan selaku duta dan pemain bola sepak mencecah ratusan ribu ringgit, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini.

Saturday, June 30, 2012

Khairul Fahmi Jadi Pengawal Keselamatan Nepal? (VIDEO)


Kewibawaan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23 sebagai figura yang dikenali bukan saja dicabar dengan pelbagai cerita kontroversi.

Hakikatnya, Apex kini terus cuba menjadi yang terbaik bukan saja sebagai penjaga gol kebangsaan tetapi turut melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang selebriti.

Sunday, January 15, 2012

Khairul Fahmi bakal jadi jutawan (GAMBAR)


KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.

Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam.

Wednesday, December 28, 2011

Khairul Fahmi tukar kerjaya jadi model


Pemain bolasepak bertukar menjadi selebriti? Itulah yang sedang berlaku kepada dunia bolasepak tempatan.

Dari hanya sekadar picisan dan tidak dikenali sesiapa, kehebatan pemain Harimau Muda dan Harimau Malaya telah meningkatkan semangat dan sokongan peminat. Ia sekaligus mengangkat nama-nama pemain bolasepak tempatan seperti Safee Sali, Safiq Rahim, Nazmi Faiz dan yang paling penting, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, penjaga gol kebangsaan.

Monday, December 5, 2011

Malang menimpa Apek lagi ? Kini kehilangan adik tersayang


ADIK penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat meninggal dunia akibat demam panas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Mohd Izat, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Mek Zainab II, di sini, meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2 Delima, HUSM.

Sunday, December 4, 2011

“Saya Terfikir Untuk Bersara Awal” – Khairul Fahmi Che Mat


Hidup sebagai selebriti benar-benar memberikan tekanan hebat kepada Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek oleh peminat-peminatnya.

Dihimpit dengan pelbagai kontroversi semenjak putus tunang dengan Elia, kemudian tersebarnya gambar Apek dan Dahlia Teck bercuti bersama di Singapura. Selepas itu, tersebar pula gambar Apek menyambut harijadi Dahlia Teck di Changkat dengan gambar yang mempunyai minuman keras. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.

Shida Harmi Rayu Buang Gambarnya Bagi Bersihkan Maruah


Shida Harmi, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek telah dihubungi oleh wartawan OHBULAN! bagi mendapatkan keterangan yang lebih jelas, sekitar pukul 1230 tengah hari tadi.

Apabila ditanya mengenai kesahihan mesej-mesej yang terkandung dalam screenshot Blackberry Messenger (BBM), Shida Harmi menegaskan ia bukan datang daripada dirinya.

Friday, December 2, 2011

“Itu Gambar Lama. Saya Dah Nak Kahwin 2 Minggu Lagi” – Shida Harmi (VIDEO & 3 GAMBAR)




Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.
Penyebaran gambar itu benar-benar memberi impak yang sangat tidak baik untuk Apek sehingga ibunya terpaksa keluar memberi keterangan kepada masyarakat yang anaknya bukan begitu. Namun siapa yang mahu percaya bila gambar telah membuktikan segalanya.

Apek perlu tabah, sabar hadapi kontroversi, fitnah (GAMBAR)


KUALA LUMPUR: Tindakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 21, yang terfikir mahu bersara awal daripada arena bola sepak berikutan tidak tahan dengan kontroversi di luar padang mendapat perhatian banyak pihak yang menyifatkan jika benar keputusan itu dibuat, ia sesuatu merugikan kerana prestasi Apek sedang memuncak.

Pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, 24, berkata, sebagai pemain profesional, Apek perlu melalui semua kontroversi dengan sabar kerana dia adalah ‘selebriti bola sepak’ dan peminat pastinya mahu tahu perjalanan hidupnya termasuk membabitkan soal peribadi.

Monday, November 28, 2011

Perangkap Skandal : Shida Harmi Dedah Gambar Aksi Mesra Bersama Khairul Fahmi (7 GAMBAR)


Tidak diketahui motif sipengirim email yang menghantar screenshot Blackberry Messenger (BBM) dan beberapa keping gambar mesra dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Apa yang ditulis, di BBM tersebut tertera nama Shida dan Apex manakala perbualan mereka amat hangat dan penuh emosi.

Wednesday, November 23, 2011

Pejuangan Apex Masih Belum Berakhir (GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 23 NOV 2011: Sebelum berangkat ke Indonesia bagi mengharumkan nama negara di Sukan Sea 2011 yang lalu, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex sekali lagi diheret dengan kontroversi.

Namun, jejaka yang berasal dari Kelantan itu berjaya mengawal segalanya apabila sekali lagi berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia perbezaan antara karier dan privasi.

Monday, November 21, 2011

Lagu Negaraku beri tamparan berbisa di Stadium Gelora Indonesia (VIDEO)


SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Wednesday, November 2, 2011

Khairul Fahmi Che Mat jawab isi gambar Minum arak dgn Dahlia Teck (GAMBAR)


Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan.

Wednesday, October 26, 2011

Peminnat boikot kosongkan Stadium gara-gara tiket mahal


n9futbol.com dalam kenyataannya sebentar tadi melancarkan kempen boikot Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Kempen Stadium kosong adalah bagi memprotes tindakan pihak FAM yang masih berkeras tidak mahu menurunkan harga tiket yang kebiasaannya hanya berharga RM30.00 sahaja.

Tuesday, September 6, 2011

Gambar : Khairul Fahmi & Dahlia Teck Beraya Bersama?

Khairul Fahmi memang berani & jantan orangnya, sesuai dengan personaliti atlit yang ditonjolkan dalam setiap perlawanan bola. Baru-baru ini, Khairul Fahmi mengaku bahawa dia adalah individu yang berpegangan tangan bersama Dahlia Teck, seperti yang disebarkan dalam sekeping gambar.