Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Rangkul emas, pencen RM5 ribu setiap bulan seumur hidup


Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa pemergian atlit Malaysia ke temasya Sukan Olimpik London 2012, yang berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos ini akan diiringi oleh doa dan sokongan oleh 27 juta rakyat Malaysia.

Monday, December 5, 2011

Nicol David As Malaysia's Most Successful Sports Icon : PM (VIDEO & 5 PHOTOS)


PUTRAJAYA, Dec 5 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak hailed national squash queen Datuk Nicol Ann David on Monday as the country's most successful sports icon, saying her ability to defend the world title for six consecutive years is unmatched.

Speaking to reporters after receiving a courtesy call by the World No. 1 squash player at his office here, Najib expressed the hope that her success would spur other athletes to similarly excel in their respective sports.

Fatehah pelumba wanita pertama hampiri Olimpik 2012 (4 GAMBAR)


FATEHAH Mustapha kini semakin hampir untuk menjadi pelumba basikal wanita pertama negara layak beraksi pada temasya sukan terbesar dunia - Sukan Olimpik 2012 di London yang akan bermula Julai tahun depan.

Berdasarkan prestasi semasa, Fatehah ketika ini berada pada landasan tepat untuk merealisasikan impian tersebut.

Sunday, December 4, 2011

Golf Tan Sri Muhyiddin: Kelly Tan dari Johor terima biasisiwa, set golf (VIDEO & 2 GAMBAR)


SHAH ALAM 4 Dis. - Pemain berusia 15 tahun, Low Khai Jei mencipta kejutan apabila menjuarai edisi keenam Kejohanan Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) di Kelab Golf & Country Glenmarie, di sini, hari ini.

Walaupun memulakan saingan dengan hambar selepas sembilan di atas 80 pada pusingan pertama, pemain muda dari Perak itu bangkit dengan penuh bersemangat untuk mencipta tiga bawah 69 semalam.

Monday, November 21, 2011

Lagu Negaraku beri tamparan berbisa di Stadium Gelora Indonesia (VIDEO)


SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Pakatan pembangkang 'racuni' peminat Indonesia benci M'sia (12 GAMBAR)


Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.

"Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.

Saturday, November 19, 2011

Malek Noor insaf dulu pernah makan babi (4 GAMBAR)


SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Saturday, October 29, 2011

Peninju Israel 'bolos', PAS tuntut penjelasan kerajaan



Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.