Showing posts with label HAJI. Show all posts
Showing posts with label HAJI. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Mengundi atau Haji: Ustaz UMNO semua jahil!


Apabila Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan susulan, beliau menjadi sasaran serangan media Umno yang berpelurukan kenyataan berbagai pihak. Maka Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya, kerana Umno tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya. Subki Latif pernah menjadi sasarannya apabila menyentuh perkara ini ketika menjadi Ketua Penerangan Pas.

Friday, December 30, 2011

Daftar Haji Melalui Akaun 1 KWSP Mulai 3 Jan 2012


KUALA LUMPUR 30 Dis. - Bermula 3 Januari ini, semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam yang mempunyai simpanan minimum RM1,300 di dalam Akaun 1 boleh membuat pendaftaran menunaikan haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Tuesday, December 20, 2011

Kumpulan Nasyid Songlap RM51,000 Konon Tawar Pakej Umrah


Fatimah (kiri), Khatijah, Hamidah dan Zahari menunjukkan beg dan pakaian ihram yang dikaitkan dengan kumpulan nasyid terkenal.

Kumpulan nasyid terima bayaran RM51,000 sejak dua tahun lalu

MASAI: Hasrat sekurang-kurangnya 12 bersaudara mengerjakan umrah menerusi pakej ditawarkan agensi milik sebuah kumpulan nasyid tempatan, masih tidak kesampaian meskipun sudah membayar RM51,000 sejak dua tahun lalu.

Monday, December 19, 2011

Haji Haji Haji Mustafa atau Zaidy mula mencipta nama

FOKUS... Bakat cilik ini sentiasa fokus dalam memastikan hasil yang terbaik.

WALAUPUN usianya masih muda, bakat pelakon cilik yang pernah membawa watak Haji Haji Haji Mustafa dalam drama Qalesya yang disiarkan di Astro Oasis tahun lalu, kini melangkah setapak lagi di dalam industri seni tanah air.

Dalam perkembangan terbaru pemilik nama Ahmad Zaidyansjah Ruddyansjah, 15, atau lebih mesra dengan panggilan Zaidy ini, dia kini sedang sibuk menjalani latihan Teater Muzikal Upin & Ipin yang dijadualkan akan memulakan pementasan pada April sehingga Mei tahun hadapan.

Friday, December 2, 2011

Tanda haji mabrur bersandarkan nas (5 GAMBAR)


SAYA telah membaca ruangan Kemusykilan Agama dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia bertarikh 25 Nov. 2011.

Saya terpanggil untuk bertanya kerana ramai ustaz, sama ada di akhbar atau di saluran media yang lain kerap memperkatakan tanda haji yang diterima (mabrur) adalah akhlak, iman atau perangainya telah berubah selepas balik daripada mengerjakan haji.

Saturday, November 19, 2011

Malek Noor insaf dulu pernah makan babi (4 GAMBAR)


SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Wednesday, November 9, 2011

PM selesai haji Di Mekah: Ibadah Dalam Ujian Allah (8 GAMBAR)


KUALA LUMPUR – Meskipun dihujani pelbagai kritikan, fitnah dan kutukan dari beberapa musuh politiknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya selesai juga menunaikan rukun-rukun utama ibadah haji di Mekah.
Sejak berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 31 Oktober lalu, tidak putus-putus beliau dan isteri dihujani pelbagai tuduhan seperti pembelian mutiara berharga RM487,000 dan anak gadisnya turut difitnah berbelanja boros berjumlah RM195,000 di Perth, Australia.