Wednesday, November 9, 2011

PM selesai haji Di Mekah: Ibadah Dalam Ujian Allah (8 GAMBAR)


KUALA LUMPUR – Meskipun dihujani pelbagai kritikan, fitnah dan kutukan dari beberapa musuh politiknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya selesai juga menunaikan rukun-rukun utama ibadah haji di Mekah.
Sejak berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 31 Oktober lalu, tidak putus-putus beliau dan isteri dihujani pelbagai tuduhan seperti pembelian mutiara berharga RM487,000 dan anak gadisnya turut difitnah berbelanja boros berjumlah RM195,000 di Perth, Australia.
Namun dengan kuasa Allah SWT, tohmahan keji itu terjawab apabila sumber akhbar yang menyiarkan berita tersebut menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf atas kesilapan mereka melaporkan berita palsu itu.
Kemudiaanya, layanan istimewa yang diterima oleh Perdana Menteri dan rombongan haji yang diberi Kerajaan Saudi Arabia turut dipersoal serta dibandingkan dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinijad yang tidak mendapat layanan serupa.
Apapun, salahkah Perdana Menteri dan rombongannya menerima layanan istimewa itu sedangkan beliau tidak pun meminta untuk dilayan sedemikian rupa? Ia disediakan kerajaan Arab Saudi.
Yakinlah, kalau Najib boleh menolak, dan berbuat demikian, akan timbul pula tuduhan seperti beliau mengada-ngada, dah beri tak nak pulak, jual mahal dan sebagainya. Ini kerana ada pihak yang tidak melihat kepada ibadah yang dilakukan, tetapi mencari ruang untuk menjatuhkan maruah dan air muka pemimpin kita.
Selain itu, ada pula dakwaan dari pihak tidak bertanggungjawab menuduh Najib memakai tangkal pendinding ketika menunaikan ibadah haji, sedangkan apa yang kalungkan dilehernya itu hanyalah merupakan buku panduan ibadah haji yang turut digantung oleh semua jemaah lain.
Belum pun Perdana Menteri pulang ke tanahair, timbul pula cubaan untuk menimbulkan kebencian kepada pemimpin nombor satu negara itu kononnya beliau membelanjakan gajinya untuk tempoh empat tahun berjumlah RM1.2 juta untuk menderma 402 ekor lembu korban sempena Aidiladha.
Korban amalan mulia pun dipolitikkan.
Hakikatnya, Mynewshub.my mendapat jawapan sebenar bahawa kesemua lembu-lembu untuk ibadah korban tersebut bukanlah dibeli oleh Najib, sebaliknya adalah sumbangan dari beberapa syarikat swasta yang berniat baik melakukan ibadah korban bersama.
Akad penyerahan telah dilakukan di Pekan.
Tweet beliau yang disalah-tafsir sesetengah pihak pun dijadikan isu besar-besaran.
Sebahagian besar isu ini digembar-gemburkan oleh portal yang didukung oleh orang bukan Islam. Sayangnya yang Islam pun terikut sekali.
Apapun, segalanya wajar dijadikan renungan dan iktibar oleh seluruh rakyat negara ini untuk menilai perkara sebenar di sebalik apa yang telah terjadi pada musim haji 1432 Hijrah kali ini.
Tidak rugi bersangka baik memandangkan sifat itu sangat dituntut oleh Islam yang melarang umatnya untuk bersangka buruk sesama saudara seagamanya dan semoga kita mendapat rahmat serta pengajaran dari Allah SWT.
Sukarkah untuk kita bersangka baik ke atas tindakan yang mulia? Tanya diri kita sendiri. Bagi yang asyik mengutuk itu, sudahkah anda menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci yang juga kiblat pertama umat Islam? Kalau belum…..fikirlah sendiri.
Diselitkan di sini beberapa keping gambar Perdana Menteri dan rombongannya ketika menunaikan haji di rumah Allah baru-baru ini.








No comments:

Post a Comment