Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Haji Haji Haji Mustafa atau Zaidy mula mencipta nama

FOKUS... Bakat cilik ini sentiasa fokus dalam memastikan hasil yang terbaik.

WALAUPUN usianya masih muda, bakat pelakon cilik yang pernah membawa watak Haji Haji Haji Mustafa dalam drama Qalesya yang disiarkan di Astro Oasis tahun lalu, kini melangkah setapak lagi di dalam industri seni tanah air.

Dalam perkembangan terbaru pemilik nama Ahmad Zaidyansjah Ruddyansjah, 15, atau lebih mesra dengan panggilan Zaidy ini, dia kini sedang sibuk menjalani latihan Teater Muzikal Upin & Ipin yang dijadualkan akan memulakan pementasan pada April sehingga Mei tahun hadapan.

Friday, November 4, 2011

Idola Kecil 4 lebih sengit


STESEN TV9, melalui program Idola Kecil kembali dengan musim keempat! Lebih dikenali sebagai IK4, 12 peserta cilik berusia lingkungan 8 hingga 12 tahun, telahpun dikenal pasti untuk menonjolkan bakat mereka menerusi program realiti hiburan kanak-kanak terkenal ini. Idola Kecil 4 akan mula menemui penonton pada 5 November 2011, Sabtu, 9 malam eksklusif di TV9 (Saluran 119).

Sunday, October 23, 2011

3 Pelajar Cina Bunuh Diri Angkara Tidak Siap Kerja Sekolah



"Kalau aku mati,aku dah xkena buat kerja sekolah dah" itulah kata2 salah seorang pelajar sekolah di china angkara xnak buat kerja sekolah..

Tuesday, October 18, 2011

TV tak sesuai untuk budak



NEW YORK: Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam.


Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.