Showing posts with label melodi. Show all posts
Showing posts with label melodi. Show all posts

Monday, May 21, 2012

TV3 Sahkan Awal Ashaari Ganti Dira di 'Melodi'

Zizan kini bergandingan bersama Awal Ashaari setelah TV3 menggugurkan Dira dalam 'Melodi'.
PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 akhirnya mengesahkan secara rasmi aktor Awal Ashaari dilantik sebagai pengacara tetap rancangan Melodi bagi menggantikan Dira Abu Zahar.

Awal Ashaari akan berganding dengan Zizan Razak pada awal Jun depan.

Sunday, May 6, 2012

Dira Digugur Terus Dari Melodi

PETALING JAYA: Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut.

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, walaupun Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi dia tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak.

Monday, April 9, 2012

Akibat akhlak buruk, Melodi kini tanpa Dira (3 GAMBAR)


RANCANGAN Melodi yang bersiaran secara langsung dari Genting Highlands, sempena penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di lokasi peranginan itu, semalam, agak berbeza apabila ia tidak diacarakan seorang daripada hos tetapnya, Dira Abu Zahar. 

Saturday, April 7, 2012

TV3 ambil tindakan terhadap Dira Abu Zahar


SYED pasti ramai yang nak tahu kesudahan cerita pengacara sebuah program hiburan popular yang dikatakan memijak salah seorang pengunjung kelab malam dengan kasut tumit tinggi beberapa hari yang lalu.

Friday, April 6, 2012

Dira TV3 Pijak Muka, Tendang di kelab malam?


Minggu lalu, industri hiburan tanah air gempar apabila tersiar berita panas di sebuah akhbar tabloid mengenai seorang pengacara -pelakon wanita popular dikatakan telah memijak muka dan menendang seorang wanita di sebuah kelab hiburan yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Susulan berita tersebut, timbulnya pelbagai spekulasi dan cerita mengatakan bahawa artis yang didakwa itu adalah Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira, 28.

Tuesday, November 15, 2011

Resepsi Dira-Helmi - Bakal Rai Cinta Di Bali & Eropah (18 GAMBAR)


KUALA LUMPUR: Pelakon Dira Abu Zahar, 27, dan suaminya, pengarah fotografi Helmi Yusof, 33, memilih dua destinasi bulan madu iaitu Bali dan Eropah.

Menurut Dira dan Helmi, mereka merancang untuk bercuti di Bali dalam masa terdekat ini manakala ke Eropah pada hujung Disember ini.