Wednesday, March 28, 2012

Awal Ashaari dan Scha Al Yahya diijab kabul 4 Mei (5 GAMBAR)

Pasangan kekasih hangat, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah pun selamat umumkan tarikh bahagia mereka di sebuah majlis ringkas di Flora Cafe, Jalan Ampang.
SETELAH hampir tiga tahun menyulam cinta, akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al Yahya memilih 4 Mei ini sebagai momen bermakna buat mereka, disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Berita gembira ini disampaikan oleh pasangan romantis ini dalam satu sidang media di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, petang semalam.

Majlis sidang media itu turut dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, berkata majlis pernikahan mereka akan diadakan di Hotel Pullman, Putrajaya, pada jam lapan malam.

Manakala, majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, juga pada jam lapan malam.

Katanya, dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.

“Setelah dua tahun enam bulan bercinta, keluarga saya telah menghantar rombongan merisik pada 30 Mei tahun lalu.

Pengacara Propaganza, Awal Ashaari telah membuat kejutan paling romantik dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk di jadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tempoh hari (25 March 2012),
“Pada mulanya kami telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan kami lebih awal, cuma jadual kerja yang padat dan masalah tempahan dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikhnya.

“Namun, apabila pihak PICC menghubungi kami mengenai kekosongan dewan, dua bulan lalu, barulah kami membuat segala persiapan,” katanya.

Lebih istimewa, Astro selaku penyiar rasmi, akan menyiarkan secara siaran langsung majlis pernikahan pasangan mempelai ini dan turut menyiarkan empat episod khas segala persiapan perkahwinan mereka.

Manakala majlis persandingan akan disiarkan secara rakaman.

Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, meluahkan rasa terharunya apabila banyak pihak sudi menaja majlis perkahwinan mereka.


Katanya, biarpun persiapan dilakukan hanya dalam masa dua bulan, namun sehingga kini, sudah 70 peratus persiapan disiapkan.

“Alhamdulillah, persiapan kami kini sudah mencapai 70 peratus. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu mempermudah persiapan majlis ini,” katanya yang sudah menghadiri kursus kahwin pada penghujung bulan Januari lalu bersama Awal.



No comments:

Post a Comment