Thursday, January 12, 2012

Lisa Surihani mahu Awal dan Scha Al-Yahya Tunda Kahwin


KUALA LUMPUR, 12 JAN 2012: Memilih tarikh yang sama dengan pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry KRU telah menyebabkan pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan pelakon Scha Alyahya menunda majlis perkahwinan mereka.

Terkejut apabila mendapat tahu tarikh nikah tersebut serentak dan berhampiran dengan majlis bersanding, telah membuatkan Awal Ashaari mengalah dan membiarkan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga terlebih dahulu.

"Sebenarnya saya telah memilih 23 Februari untuk tarikh nikah dan bersanding pada 25 Februari pula. Kemudian saya dengar kawan-kawan ada cakap bahawa Lisa dan Yusry akan bernikah pada tarikh tersebut.

"Manakala mereka akan bersanding pada 26 Februari pula. Untuk mendapatkan kepastian saya menghubungi Lisa kerana kami rapat saya terus bertanya kepadanya.

"Saya beritahu dia, tujuan saya bukannya mahu menghebohkannya sebaliknya takut tarikh kami sama. Apabila diberitahu Lisa, memang tarikh nikah sama dan hanya bersanding saja sehari selepas itu.

"Setelah berbincang dan mengetahui persiapan dia sudah banyak, sebaliknya saya hanya 30 peratus saja, jadi saya mengalah dan ambil keputusan untuk menunda perkahwinan kami," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25, di Hotel Holiday Villa, semalam.

Meghormati situasi Lisa dan Yusry, jelas Awal Ashaari sebagai sahabat dia wajar memahaminya.

Lantas dia dan Scha kini sedang mencari tarikh yang paling sesuai dan besar kemungkinan memilih pertengahan tahun untuk melansungkan perkahwinan mereka.

"Mungkin kami akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei, Jun atau Julai tahun ini. Saya masih mencari tarikh yang sesuai dan harap tidak lagi bertindih dengan tarikh rakan lain.

"Kami kini lebih fokus dan sedang mengambil masa untuk membuat segala persiapan kahwin serta mahu pergi kursus nikah dan sebagainya," jelasnya yang selesa mengadakan majlis yang ringkas.

Sementara itu, jelas Scha pula, dia juga enggan mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Dengan memilih konsep kotemporari Scha, terang Scha alasan mengapa dia enggan mengadakan majlis secara besar -besaran kerana baginya apa yang penting adalah kehidupan selepas diijabkabulkan.

"Saya memang mahu yang majlis yang ringkas sahaja. Kalau ada orang kata majlis kahwin hanya sekali dalam hidup dan perlu dibuat secara besar-besaran, saya pula berfikiran sebaliknya.

"Saya lebih mementingkan hal kehidupan selepas perkahwinan. Itu yang menjadi fokus utama saya dan bukanlah majlis kahwin sehari yang menjadi tumpuan saya," katanya.

No comments:

Post a Comment