"Saya menghadiri kursus kahwin bersama Awal Ashaari pada penghujung Januari lalu. Kursus diadakan selama dua hari dan ketika itu sememangnya saya telah rasa badan tidak berapa sihat. Ingatkan demam biasa, namun saya tidak menyangka rupanya saya terkena demam denggi," kata Scha Al-Yahya mengimbas kembali kenangannya menghadiri kursus kahwin bersama bakal suaminya.
"Lepas dapat sijil tamat kursus kahwin, demam saya makin teruk dan saya terus berjumpa dengan doktor. Ketika itu baru saya tahu saya terkena demam denggi. Terus saya ditahan untuk rawatan lanjut selama beberapa hari," katanya.
Mengakui satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakannya, jelas Scha, kini dia bersyukur langkah untuk melewati hari bahagianya semakin hampir.
Meskipun telah memilih Awal sebagai lelaki yang bakal menjadi ketua keluarganya kelak, tutur Scha, dia masih lagi dalam proses mengenali lelaki tersebut.
"Tiada ada sebab saya mahu menolak lamarannya kerana dia merupakan seorang yang baik dan sentiasa mahu sesuatu benda itu dilakukan dengan sempurna. Tetapi itu belum
bermakna saya mengenali dia sepenuhnya.
"Bagi saya, kami masih lagi dalam proses saling mengenali dan perkara itu akan terus berjalan meskipun selepas berkahwin, "jelasnya antara sebab dia tertawan dengan Awal
kerana kepakarannya dalam bidang masakan.
Sambung pelakon siri Awan Dania ini lagi, apa yang penting keserasian yang dimiliki oleh mereka, merupakan satu perkara yang amat sukar diperolehinya dengan lelaki lain.
"Ada orang kata kenapa memilih artis, tidak memilih orang kaya dan sebagainya. Bagi saya apa yang penting dia melengkapi saya dan mampu menjaga saya seadanya,"jelasnya.
No comments:
Post a Comment