Mohd Rafizi mengemukakan tuntutan balasnya dengan mendakwa Shahrizat melancarkan serangan peribadi dan berdendam terhadapnya |
Pengarah strategi PKR Mohd Rafizi Ramli membuat tuntutan balas terhadap saman RM100 juta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung isu projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Mohd Rafizi mengemukakan tuntutan balasnya itu pada 8 Mac lalu di Mahkamah Tinggi di sini dengan mendakwa Shahrizat melancarkan serangan peribadi dan berdendam terhadapnya semasa berucap di perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lepas.
Antara yang dituntut Mohd Rafizi ialah gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera yang mendengar tuntutan itu hari ini, menetapkan 12 April untuk pengurusan kes.
Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Mohd Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, berhubung kenyataan yang didakwa memfitnahnya (Shahrizat).
Mohd Rafizi mendakwa Shahrizat melancarkan serangan peribadi dan berdendam terhadapnya semasa berucap di perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lepas |
Shahrizat mendakwa kedua-dua defendan secara bersistem dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk "serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan
dan memfitnah plaintif" dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadapnya.
Shahrizat diwakili peguam Nurul Nabila Zamri manakala Mohd Rafizi, peguam Ranjit Singh, dan Zuraida pula diwakili oleh S. Ravindran.
No comments:
Post a Comment