![]() |
| Mohd Rafizi mengemukakan tuntutan balasnya dengan mendakwa Shahrizat melancarkan serangan peribadi dan berdendam terhadapnya |
Pengarah strategi PKR Mohd Rafizi Ramli membuat tuntutan balas terhadap saman RM100 juta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung isu projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Mohd Rafizi mengemukakan tuntutan balasnya itu pada 8 Mac lalu di Mahkamah Tinggi di sini dengan mendakwa Shahrizat melancarkan serangan peribadi dan berdendam terhadapnya semasa berucap di perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lepas.













