Kesemua keluarga Shahrizat adalah pemilik syarikat mewah yang menjalankan perniagaan restoran, makanan dan bahan api, pegangan pelaburan dan perniagaan pasaraya mewah. |
Pihak Berkuasa Akaun dan Korporat Singapura (ACRA) mendedahkan 5 anak beranak Shahrizat adalah pengarah Icube Investments Pte Ltd, Global Biofuture Pte Ltd, Meatworks (Singapore) Pte Ltd and Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang menjalankan perniagaan restoran, makanan dan bahan api, pegangan pelaburan dan perniagaan pasaraya mewah.
Akhbar harian Singapura, The Straits Times, Khamis lalu, menyenaraikan semua empat syarikat yang dimiliki anggota keluarga Shahrizat di republik itu yang melibatkan perniagaan restoran, makanan dan bahan api, pegangan pelaburan dan perniagaan pasaraya.
Antaranya ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan, Icube Investments Pte Ltd, dengan modal berbayar sebanyak S$1 juta (RM2.4 juta).
Menurut profil syarikat tersebut yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Akaun dan Korporat Singapura (ACRA), pengarah dan pemegang saham ialah suami Shahrizat - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran.
Tiga syarikat lain telahpun didedahkan oleh pembangkang sebelum ini - Global Biofuture Pte Ltd, Meatworks (Singapore) Pte Ltd and Farmhouse Supermarkets Pte Ltd.
Carta orgnasisasi syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat yang didedah oleh pihak berkuasa Singapura. |
Selain Salleh dan Izran, anak perempuan Shahrizat - Wan Izzana Fatimah Zabedah dan seorang lagi anak lelakinya, Wan Shahinur Izmir - juga merupakan pengarah syarikat-syarikat tersebut.
Modal berbayar bagi semua keempat-empat syarikat di Singapura itu ialah S$3.65 juta, atau RM8.85 juta.
Menurut akhbar tersebut, semua syarikat berkenaan berkongsi alamat yang sama di Clifford Centre di Raffles Place. Bagaimanapun, ia adalah alamat berdaftar dan pejabat firma guaman, Wong Alliance.
Anak perempuan Shahrizat - Wan Izzana Fatimah Zabedah |
No comments:
Post a Comment