Monday, March 19, 2012

Eizlan Yusof Galak Anaknya Jadi Model


KUALA LUMPUR: Lebih kurang empat tahun bergelar bapa, pelakon Datuk Eizlan Yusof akui seronok melayan kerenah dua cahaya matanya yang mempunyai minat berbeza.

Dikurniakan sepasang cahaya mata, Vee Zara, 4, dan Zaaref Yusof, 2, Eizlan Yusof berkata kedua-dua anaknya sudah menunjukkan minat dalam bidang seni dan pertahanan sejak kecil lagi.

"Kedua-dua anak saya punya minat dalam bidang yang berbeza. Malah, masing-masing sudah mula menunjukan minatnya sejak dari kecil lagi.

"Anak saya yang perempuan iaitu Zara, memang suka bergaya dan dia seorang yang pandai beraksi atau pose apabila di hadapan kamera.

"Saya sendiri pun tidak pernah mengajar begitu tetapi dia sendiri yang minat ke arah itu. Disebabkan itu, baru-baru ini dia ada dipanggil untuk menjadi model iklan bayi.

"Selain suka beraksi dihadapan kamera, dia juga suka menyanyi. Bayangkan dia boleh menghafal lagu artis kegemarannya iaitu Beyonce dan Miley Cyrus dengan lancar. Kagum dan terkejut juga saya.

"Sementara, anak lelaki saya, Zareef yang baru berusia dua tahun itu pula belum lagi menunjukkan apa-apa minat selain bertindak aktif dan lasak dengan memanjat pintu pagar dan sebagainya.

"Saya tidak terkejut jika Zareef bakal menceburi bidang pertahanan seperti tentera atau sebagainya," katanya yang geli hati apabila teringat gelagat anak-anaknya.

Meskipun memberi kebebasan kepada kedua-dua anaknya untuk menceburi apa jua bidang, namun dalam masa yang sama Eizlan tetap akan memastikan anaknya-anaknya diberi pengetahuan serta ilmu agama yang kuat.

"Jika betul Zara suka akan bidang seni dan modeling, saya akan menyokongya. Lagipun ibunya adalah orang yang selalu membawanya untuk pergi uji bakat.

"Cuma terus-terang, saya tidak menggalakkan untuk mereka menceburi bidang tersebut.

"Namun saya tetap memberi kelonggaran kepada bidang yang mereka minati asalkan mereka cukup pegangan agama.

"Disebabkan itu, saya akan mendaftarkan anak-anak saya ke sekolah swasta Islam seawal usia lima tahun nanti," luahnya lagi.

Eizlan Yusof dan isteri, Vie Shantie telah berkahwin pada 7 Julai 2007 lalu.

No comments:

Post a Comment