Showing posts with label bukit aman. Show all posts
Showing posts with label bukit aman. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Pgh Siasatan Jenayah Polis Bkt Aman sertai PAS


TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Monday, December 26, 2011

Polis tahan semula lelaki yang berkait isu NFC

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan yang ditahan reman lima hari sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC), hari ini ditahan polis bagi membantu siasatan satu kes lain.

Peguam yang mewakilinya, Datuk Ahmad Damanhuri Mohd Yusof memberitahu pemberita anak guamnya ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, selepas dibebaskan di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil, kira-kira 12 tengah hari tadi.