Showing posts with label raja lawak. Show all posts
Showing posts with label raja lawak. Show all posts
Sunday, October 21, 2012
Thursday, July 26, 2012
Elly Raja Lawak pernah dihalang ibu
Namanya mungkin tidak segah Johan, Zizan, Man dan Angah yang lahir daripada program realiti Raja Lawak.
Namun, dalam ribuan peserta yang hadir untuk uji bakat Raja Lawak 5, Elly atau nama sebenarnya Sarimah Mohd Daud, 31, antara 12 peserta yang layak mara ke pentas dengan duo, Kami, bersama Zarina Mohd Nor.
Monday, June 18, 2012
Abby Yus Bengang Pelawak Baru Biadap
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak terkenal, Abby Yus, enggan lagi menegur sikap segelintir artis komedi baru yang dikatakan bersikap biadap dan kurang sopan terhadap para artis komedi lama sepertinya.
Dalam kenyataannya melalui laman Mstar Online baru-baru ini, Abby Yus yang mula berkecimpung di dalam dunia hiburan sejak tahun 1983 menyatakan bahawa artis-artis komedi baru itu sudah ‘besar panjang’ untuk menilai sikap mereka sendiri dan tidak perlu ditegur lagi.
Thursday, May 10, 2012
Amir Akui Silap Bagi Soalan Terencat Akal
KL, 11 MEI 2012: Jawapan sama ada peserta Super Spontan (SS) dari kumpulan Angsa Ganas (AG) iaitu Nana menangis atau tidak dengan usikan Amir terjawab apabila ibu kepada seorang anak ini menafikannya.
Bagaimanapun, Nana Che Mahazan yang menggantikan tempat Daphnie Iking mengakui terasa dengan pertanyaan yang dilontarkan pengulas SS iaitu Amir.
Wednesday, May 9, 2012
Monday, March 5, 2012
Wednesday, January 18, 2012
Wednesday, January 4, 2012
Os Baiki Teksi, Abon Ke Umrah Guna Duit MLM
KUALA LUMPUR, 4 JAN 2012: Pelawak otai Mr. Os dan Abon atau lebih mesra dengan panggilan Osbon sama sekali tidak menyangka mampu bergelar juara Majaraja Lawak Mega (MLM) yang telah pun berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Jumaat lalu.
Mengakui kemenangan tersebut sebagai satu kejutan, kedua-dua pelawak tersebut memberitahu bakal membelanjakan duit kemenangan itu buat diri sendiri dan keluarga.
Friday, December 9, 2011
Saiful Apek kembali menagih dadah, memalukan (3 GAMBAR)
ENAM tahun menggondol Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, atau Saiful Apek bagai sudah serasi dengan dunia lawak dan bermain kata yang menggeletek penonton untuk tertawa.
Bersih daripada kes-kes saman akibat luncuran butir kata ketika melawak, bagaimanapun bapa kepada tiga orang cahaya mata itu tetap tidak boleh lari daripada kes dadah yang kembali bertaut.
Wednesday, November 30, 2011
Enot jatuh masa Maharaja Lawak Mega & masuk hospital
Pelakon Enot kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami masalah sakit tulang belakang dan lutut retak.
“Saya dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu lalu iaitu sehari selepas program Maharaja Lawak Mega (MLM). Pada malam MLM tu, saya sepatutnya dukung Didie selepas Didie melompat atas badan saya, entah macam mana saya tergelincir dan terjatuh. Itu yang membuatkan lutut saya retak. Sebelum ini pun, lutut saya memang dah sakit tetapi bertambah teruk bila jatuh tersungkur.
Monday, November 28, 2011
Teguran pedas Chef Wan kepada peserta Maharaja Lawak Mega
BAHANA cuba berjenaka tanpa mengambil kira faktor peribadi menyebabkan Sobri daripada kumpulan Bawal Power (BP) ditegur oleh pengkritik tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) pada minggu kelima, Jumaat lepas.
Teguran Chef Wan terhadap Sobri ekoran peserta itu memberikan serangan berbaur peribadi terhadap penulis kolum hiburan akhbar mingguan arus perdana, baru-baru ini.
Kolumnis hiburan berkenaan, menegur Sobri yang mempersendakan penyanyi yang pernah popular sekitar tahun 1980-an, Zaiton Sameon.
Thursday, November 10, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Along, Angah mantap bersama
PERTAMA kali digandingkan bersama menerusi filem Alamak Toyol! terbitan MIG Production, ternyata kombinasi dua bekas peserta pertandingan Raja Lawak musim pertama, Along Cham dan Angah mendapat pujian banyak pihak.Gaya lakonan mereka yang penuh dengan jenaka mampu membuatkan para penonton bukan setakat ketawa, tetapi sekali gus turut menggamatkan ruang pawagam-pawagam di seluruh negara sejak ia ditayangkan 3 November lalu.
Monday, October 17, 2011
Kelainan Raja Lawak 6 (GAMBAR)
![]() |
SEMENJAK diperkenalkan kira-kira empat tahun yang lalu, program Raja Lawak Astro ternyata telah melahirkan begitu ramai pelawak-pelawak yang mewarnai dunia seni tanah air.
Nama-nama seperti Yusry Edoo, Ahmad Nabil Ahmad, Kumpulan Sepah, Kumpulan Kecik dan Abd. Rahman Kassim atau Man adalah antara peserta yang pernah muncul juara sepanjang lima musim rancangan berkenaan disiarkan di saluran Astro Prima.
Subscribe to:
Posts (Atom)










