Showing posts with label Didie Alias. Show all posts
Showing posts with label Didie Alias. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

ENOT Penyebab 3G Tersingkir, MLM ?


Program realiti No. 1 Malaysia, Maharaja Lawak Mega minggu lalu menyaksikan penyingkiran 2 Peserta secara serentak daripada 9 yang dipertandingkan. Penyingkiran 3G selain daripada Peserta dari Indonesia iaitu Bawel benar-benar mengecewakan peminat Kumpulan yang dianggotai Didie, Enot dan Yassin.

Lebih-lebih lagi buat peminat Yassin, mereka mengharapkan bekas anggota Kumpulan Senario ini kembali menempa nama melalui Program tersebut setelah mengalami era kejatuhan akibat pertuduhan mahkamah melibatkan kes pengambilan dadah.

Enot, Didie Alis Mengamuk Belakang Pentas Maharaja Lawak Mega


KL, 5 DIS 2011: Sekalipun seseorang itu sudah pun berada di tangga yang teratas, itu bukan bermakna apa yang dilakukannya senantiasa diterima individu lain. Bahkan, inilah perjalanan hidup manusia yang sememangnya dicipta dengan ada kelemahan. Tiada manusia yang dijadikan sempurna.

Murai Batu amat terkesima apabila mendapat tahu, salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) telah memilih untuk tidak profesional sebaik saja persembahan mereka dikritik hebat dari juri tetap. Juri yang mana, tak perlulah Murai Batu memberitahu.

Wednesday, November 30, 2011

Enot jatuh masa Maharaja Lawak Mega & masuk hospital


Pelakon Enot kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami masalah sakit tulang belakang dan lutut retak.

“Saya dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu lalu iaitu sehari selepas program Maharaja Lawak Mega (MLM). Pada malam MLM tu, saya sepatutnya dukung Didie selepas Didie melompat atas badan saya, entah macam mana saya tergelincir dan terjatuh. Itu yang membuatkan lutut saya retak. Sebelum ini pun, lutut saya memang dah sakit tetapi bertambah teruk bila jatuh tersungkur.

Saturday, October 15, 2011

Julia Ziegler serang Sharifah Shahirah pula




KALAU ada anugerah artis paling panas bulan ni, memang kakileaks nak beri pada Julia Ziegler. Bukan dia panas sebab banyak makan durian tetapi panas sebab banyak sangat 'berperang' dengan rakan artis yang lain.


Kakileaks tak pasti pula Julia ni memang berperangai begitu. Ada yang tak puas hati sahaja terus sembur. Kalau begitu memang Julia boleh kumpul musuh paling ramai dalam industri kita ni.

Monday, August 22, 2011

Perang Twitter Didie Alias, Azwan Ali (Lagi Perang twitter)


Aish dalam bulan penuh keberkatan ni pon masih lagi nak gaduh-gaduh selebriti kita ni. Azwan Ali pun satu, dah lah mulut terlalu leser mengalahkan pancaran leser hijau perlawanan bola sepak, hehe, bawa-bawalah bertaubat dan insafi diri, belajarlah menjaga hati dan perasaan orang lain.