Showing posts with label Julia Ziegler. Show all posts
Showing posts with label Julia Ziegler. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

‘Travelog AirAsia’ Bawa Selebriti Jelajah Dunia! (GAMBAR)



Bermatlamatkan misi menyediakan tambang rendah terbaik Asia kepada para penumpang serta motto, ‘ Now Everyone Can Fly’, bermula dengan hanya dua buah pesawat sahaja, kini siapa sangka selepas 10 tahun beroperasi, AirAsia telah berjaya berkembang pesat dengan menyediakan hampir 107 buah pesawat ke hampir 165 rangkaian destinasi di seluruh dunia.

Signifikan dengan pencapaian ini lah serta meraihkan ulang tahun kesepuluh AirAsia, sebuah rancangan kembara, ‘Travelog AirAsia’ telah dihasilkan.

Thursday, November 17, 2011

Hidup Julia Zigler kini lebih indah (3 GAMBAR)


Oktober lalu seakan satu ‘tragedi Oktober’ buat wanita jelita berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini apabila dihimpit ‘serangan’ pelbagai penjuru rentetan krisisnya dengan aktres Didie Alias seterusnya konfrontasi dia dengan Gambit Saifullah dan Sharifah Sakinah.

Sunday, October 23, 2011

Uncle Seekers Jadi Bomoh Mimpi Masa Depan Artis


MINGGU lalu, tercetus banyak kisah suka dan duka serta tidak kurang hebatnya dengan perasaan bimbang di kalangan beberapa orang artis apabila Uncle Seekers membuat ramalan tentang masa depan mereka.
Antara selebriti yang 'terkena' dengan ramalan Uncle Seekers ialah Marsha, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.

Tuesday, October 18, 2011

Julia Ziegler Jiwa kacau (GAMBAR)


PEPATAH Melayu mengatakan, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Hanya disebabkan membuka rahsia pada orang yang tak sepatutnya, tercetuslah perang membabitkan beberapa pelakon iaitu Julia Ziegler, Didie Alias, Sharifah Sakinah dan Gambit Saifullah. 

Sejak kebelakangan ini, peminat dunia hiburan menyaksikan drama yang sehingga kini masih belum bertemu penghujungnya.

Monday, October 17, 2011

Sharifah Sakinah Buka Mulut, Geram Dengan Gambit (GAMBAR)



“Pendapat saya, jika nak pilih kawan, kena lebih berhati-hati lagi selepas ini.” Itulah ayat pertama yang diungkapkan oleh pendatang baru, Sharifah Sakinah apabila diminta mengulas mengenai isu tentang dirinya yang semakin hangat diperkatakan sekarang.


Sakinah dikatakan telah menyebar semula fitnah lama mengenai pelakon, Julia Ziegler sehingga aktres filem ‘Jangan Tegur’ tersebut bengang dengan tindakannya itu. Setelah agak lama mendiamkan diri, pelakon drama ‘Ana Lulu’ ini akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai perkara sebenar yang berlaku.

Saturday, October 15, 2011

Gambit maki Sharifah Sakinah betina mulut kecoh


Gua Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Sharifah Sakinah berkaitan dengan isu pertelingkahan di antara Julia Ziegler dan kakaknya, Sharifah Shahira yang juga berhubung kait dengan Gambit Saifullah, sebentar tadi.
Sharifah Sakinah mendakwa, Gambit Saifullah adalah punca persengketaan antara Julia dan Sharifah Shahira yang menjadi perbualan ramai orang sekarang.

Julia Ziegler serang Sharifah Shahirah pula




KALAU ada anugerah artis paling panas bulan ni, memang kakileaks nak beri pada Julia Ziegler. Bukan dia panas sebab banyak makan durian tetapi panas sebab banyak sangat 'berperang' dengan rakan artis yang lain.


Kakileaks tak pasti pula Julia ni memang berperangai begitu. Ada yang tak puas hati sahaja terus sembur. Kalau begitu memang Julia boleh kumpul musuh paling ramai dalam industri kita ni.

Monday, October 10, 2011

“Sekarang Saya Rasa Seperti Sudah Mati.” – Julia Ziegler


Pasti ramai yang sudah tahu mengenai gosip yang melanda pelakon berkulit putih gebu ini. Baru-baru ini, sebuah laman hiburan online tempatan telah melaporkan tentang Julia Ziegler ‘menyerang’ Sharifah Shahira kerana cemburu.
Khabar angin yang melanda mengatakan Julia Ziegler cemburu terhadap adik Sharifah Shahira, Sharifah Nurul Sakinah yang dikatakan sedang bercinta dengan Gambit Saifullah. Namun begitu, hal ini masih tidak dapat dipastikan kesahihannya lagi.