Sunday, November 20, 2011

‘Travelog AirAsia’ Bawa Selebriti Jelajah Dunia! (GAMBAR)



Bermatlamatkan misi menyediakan tambang rendah terbaik Asia kepada para penumpang serta motto, ‘ Now Everyone Can Fly’, bermula dengan hanya dua buah pesawat sahaja, kini siapa sangka selepas 10 tahun beroperasi, AirAsia telah berjaya berkembang pesat dengan menyediakan hampir 107 buah pesawat ke hampir 165 rangkaian destinasi di seluruh dunia.

Signifikan dengan pencapaian ini lah serta meraihkan ulang tahun kesepuluh AirAsia, sebuah rancangan kembara, ‘Travelog AirAsia’ telah dihasilkan.

Program terbitan Primeworks Studios ini akan bersiaran selama 13 episod dan dihoskan oleh Edd Razhe, pembantu khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia.

Selain itu ia bakal menyaksikan kehadiran beberapa selebriti tanahair seperti Maya Karin, Julia Ziegler, Linda Hashim, Elfira Loy, Juliana Evans dan ramai lagi menggembara bersama Edd sebagai hos undangan ke beberapa buah destinasi percutian AirAsia dan AirAsia X antaranya Paris, Perancis, Hanoi, Vietnam, Jogjakarta, indonesia, Macau, Hong Kong, Tehran, new Delhi, Guilin, China serta banyak lagi destinasi menarik.

Episod pertama akan menampilkan Edd bersama Maya Karin menjelajah Paris, Perancis mengunjungi beberapa lokasi tarikan ‘kota cinta’ seperti Menara Eiffel, istana Raja louis, Chateau de versailles dan beberapa lokasi popular di bandar Champs-Elysees. Menariknya lagi, Edd dan Maya juga berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen Guy Laroche yang diadakan bersempena dengan Minggu Fesyen Paris.


Jadi jangan lupa, siap siaga duduk di atas sofa empuk dan  pastikan temujanji anda dengan ‘Travelog AirAsia’ pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam di TV3 di kaca TV rumah anda bermula 20 November ini.




Pelakon jelita, Maya Karin dan hos ‘Travelog AirAsia’, Edd Razhe ketika ditemui pada majlis Pelancaran Program ‘Travelog AirAsia’ baru-baru ini.