Sunday, November 20, 2011

“Semua Itu Fitnah Semata-Mata” – Lisdawati Respon Isu Fauzi Nawawi


“Bukan ke Blackberry Messenger (BBM) ni boleh tukar nama ikut suka hati je? Sesiapa pun boleh menyamar jadi Fauzi Nawawi (suami) dan menyebar cerita yang bukan-bukan seperti ini. Andai kata gadis yang dimaksudkan oleh laman gosip berkenaan benar-benar mempunyai hubungan sulit dengan suami saya, sila ke hadapan dan bertemu saya. Saya janji tak akan marah,” jelas Lisdawati berkenaan isu kekasih simpanan Fauzi Nawawi yang dibangkitkan oleh sebuah laman gosip, petang tadi. Rujuk artikel “Itu Bukan Saya! Saya Akan Saman Laman Gosip Itu!” – Fauzi Nawawi

Lisdawati turut mempersoalkan kredibiliti screenshot BBM berkenaan kerana ia dikaitkan dengan tarikh jatuhnya hari raya Aidiladha, iaitu pada 6-7 November 2011.

“Ingat tak, 4 November ada Anugerah Skrin 2011. Kemudian, pada 6 November pula jatuhnya hari raya Aidiladha. Saya boleh sahkan pada hari berkenaan kami sekeluarga pulang ke kampung mak saya. Ada saksi, iaitu kawan mak saya yang juga seorang ustazah. Pada petang berkenaan pula, suami saya baring tengok tv di ruang tamu. Kemudian, sekitar pukul 6 petang, suami saya ajak kami berkaraoke. Jadi, apa logiknya?,” tambah Lisdawati lagi.



Pelakon ini turut menjelaskan kelakuan suaminya yang suka menguji perangai mana-mana wanita yang cuba menjadi pengacau rumahtangga mereka.

“Sebelum ini, ada seorang selebriti wanita ni pernah mengajak suami saya melakukan hubungan terlarang. Seperti biasa, suami saya memang suka menguji wanita murahan seperti ini kerana nak lihat sejauh mana mereka boleh pergi. Suami saya tak sorokkan mesej-mesej berkenaan, sebaliknya dia tunjukkan kepada saya kandungan mesej tersebut. Jadi, saya tak rasa tergugat pun dengan isu sebgini sebab saya tahu kelakuan suami.”

“Kalau mereka paparkan BB PIN suami saya pun, itu tak semesti suami saya benar-benar terlibat dengan hubungan sulit yang dinyatakan. Seperti yang saya katakan tadi, kalau gadis tersebut ada hubungan sulit dengan suami saya, tampil ke depan. Saya akan cakap, “Okay, betul ke kau suka kat suami aku?”, kemudian saya akan tanya suami saya, “Betul ke abang suka budak perempuan ni?”. Kalau betul suka, macam mana dengan perkahwinan kita pula?”

“Buat apalah nak gaduh-gaduh ni, nanti hidup tertekan, muka pun nampak tua,” seloroh Lisdawati kepada OHBULAN!

Apabila ditanyakan sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap laman gosip berkenaan, Lisdawati berkata, “Saya jenis yang tak suka bergaduh, lebih baik selesaikan situasi ini menerusi cara yang profesional dan sepatutnya.”

“Nak saman? Hurmm…”jelas Lisdawati mengakhiri perbualan.