Itu amaran Fauzi Nawawi terhadap sebuah blog hiburan tempatan yang baru-baru ini menyiarkan artikel yang mendakwa suami kepada pelakon Lisdawati ini mempunyai ‘kekasih gelap’. Bukan itu sahaja, blog itu turut menyertakan lima keping screenshot pesanan Blackberry (BBM), yang kononnya dihantar oleh Fauzi Nawawi dan kekasihnya itu bagi menyakinkan pembaca.
Antara kandungan BBM itu adalah Fauzi menyebut tentang perancangannya untuk berkahwin dengan kekasihnya itu. Alasannya, Lisdawati lebih mementingkan keluarganya berbanding suami.


