Wednesday, December 7, 2011

Fauzi Nawawi takut nak saman blog rotikaya? (6 GAMBAR)


Itu amaran Fauzi Nawawi terhadap sebuah blog hiburan tempatan yang baru-baru ini menyiarkan artikel yang mendakwa suami kepada pelakon Lisdawati ini mempunyai  ‘kekasih gelap’. Bukan itu sahaja, blog itu turut menyertakan lima keping screenshot pesanan Blackberry (BBM), yang kononnya dihantar oleh Fauzi Nawawi dan kekasihnya itu bagi menyakinkan pembaca.

Antara kandungan BBM itu adalah Fauzi menyebut tentang perancangannya untuk berkahwin dengan kekasihnya itu. Alasannya, Lisdawati lebih mementingkan keluarganya berbanding suami.

“Pada mulanya saya memang hendak menyaman laman blog itu. Tetapi setelah mendapatkan nasihat seorang rakan yang juga seorang polis, saya terpaksa melupakan perkara ini buat seketika. Bukan saya tidak yakin hendak membawa mereka ke muka pengadilan tetapi saya memikirkan sekarang ini saya sibuk dengan komitmen kerja. Kalau saya buat repot polis dan bawa ke mahkamah, ia pasti mengambil masa yang panjang.

Bukan itu sahaja, pasti juga menelan kos guaman yang tinggi.  Setelah pertimbangkan semasak-masaknya, saya buat keputusan biarkan dahulu. Kalau selepas ini mereka masih menyiarkan cerita-cerita berbaur fitnah tentang saya, tidak mustahil saya akan bertindak. Kesabaran saya ada tahapnya,” ujar Fauzi yang ditemui ketika sidang media teater Semerah Padi pada Selasa lalu.

Dalam masa yang sama, Pelakon Lelaki Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2010 ini turut meluahkan rasa terkilan kepada  pemilik laman blog itu kerana mereka langsung tidak menghubungi nya untuk mendapatkan pengesahan mengenai BBM tersebut.

“Saya tidak kenal pun dengan budak-budak R***K*** itu.  Sepatutnya, mereka perlu hubungi saya untuk mendapatkan pengesahan atau penjelasan selanjutnya. Ini tidak, mereka terus siarkan cerita itu tanpa bukti kukuh. Itu sudah boleh dikira fitnah. Saya memang berkecil hati apabila mereka buat macam itu. Kalau pun hendak popularkan blog mereka, tak perlulah siarkan cerita-cerita yang boleh menjatuhkan orang lain.
Secara peribadi, saya menganggap budak-budak itu tidak cukup matang. Nasihat saya pada mereka, jangan sewenang-wenangnya menerbitkan cerita- cerita yang menfitnah.  Kalau terdengar sebarang gosip tentang seseorang artis, dapat kesahihan daripada artis itu dahulu. Kali ini mungkin mereka terlepas, tetapi kalau masih tidak berubah, pasti akan terkena,” tambah Fauzi lagi.