Parti Fun,Fearless Fabulous Award anjuran Majalah Kosmopolitan telah diadakan di Celebrities Club, Solaris Mont Kiara, venue yang sama seperti pada tahun lepas.
Tema pada tahun ini ialah Vintage Fabulous. When I think vintage, I am thinking bout the good ol classic look that i can pull. Sebenarnya waktu memilih pakaian ini tidak sampai 5 minit sebab CuteCarry busy dengan shooting AXN Traindewmonium. Nak tahu lebih lanjut, tengok AXN nanti. Siaran adalah pada bulan Februari 2012 dan CuteCarry tidak boleh revealed apa-apa di sini.
Fasha mengenakan jaket yang classic juga, teringat Chanel bila tengok jaket tu tetapi tidak pasti pula sebab CuteCarry tidak sempat nak tanya dia pakai jaket apa. Johan pula terlalu simple,maybe dia kena perlu ada gaya sikit, bukan dia tidak pandai bergaya tetapi kalau nak pergi parti-parti fesyen ini kena ada sedikit suntikan gaya!
Wait..baru perasan,dua-dua pakai baju warna merah, eh..merah tu ke? Bukan, Fasha merah, Johan tu erm..waktu jingga kut.., is it?
Mereka berdua memang sepadan dan digilai ramai peminat. Gandingan mereka berdua sememangnya membuatkan ramai para penonton drama melayu teruja untuk menyaksikan setiap episod yang ditayangkan, ada juga sebahagian peminat marah dek kerana Cinta Elysa tergendala disebabkan pihak TV3 memberi laluan kepada perhimpunan agung UMNO.
‘Couple’ bersama dengan Editor Cosmopilitan,Eena Houzyama dan Lynette Ooi.
Fasha Sandha sebagai penghias cover Kosmopolitan Dec 2011. Dapatkan sekarang!!