Wednesday, January 18, 2012

Sheila Rusly Biadap guna perkataan 'Busuk' (GAMBAR)


Persembahan peserta di gelanggang pertama Raja Lawak 6 (RL6) kurang memberikan impak, bagaimanapun telah mengundang kejutan selepas hos rancangan itu, Johan dan Zizan mengumumkan pelakon Sheila Rusly sebagai juri tetap RL6 bersama-sama Major David Teo dan Sathia.

Malah, komen-komen yang diberikan Sheila pada minggu pertama itu berkemungkinan besar bakal mengulangi peristiwa sama yang berlaku terhadap Datuk Chef Wan Ismail menerusi program Mahajara Lawak Mega (MLM) berdasarkan penggunaan perkataan busuk kepada peserta RL6.

Ditemui setelah tamat siaran langsung RL6 minggu lalu, Sheila akui telah menggunakan perkataan busuk semenjak dia menjadi juri sepanjang uji bakat RL6.

"Sebenarnya, saya sudah menggunakan perkataan busuk sejak dari uji bakat lagi. Saya juga merasakan peserta RL6 sudah terbiasa dengan makna busuk yang saya maksudkan. Saya akan labelkan lawak mereka busuk andai kata lawak yang dipersembahkan kurang menjadi atau langsung tidak lawak.

"Saya bukanlah sengaja menggunakan perkataan berkenaan. Namun, berkemungkinan juga ia akan menjadi trademark Sheila Rusly untuk RL6. Saya berharap, penggunaan perkataan busuk sedikit sebanyak boleh membuatkan peserta untuk menghasilkan lawak yang bermutu dan diterima penonton setiap minggu.

"Sejujurnya, saya tidak pun merancang untuk jadi laser atau sebagainya. Saya hanya menjadi diri saya apabila saya duduk di kerusi juri tetap," kata Sheila.

Antara peserta yang dianggap Sheila telah memberikan persembahan lawak busuk pada minggu pertama program berkenaan ialah 2yul, King dan Zero.

Dalam pada itu, Sheila berpendapat persembahan setiap peserta RL6 pada minggu pertama membosankan dan menganggap kesemua peserta mengulang lawak yang pernah dilakukan pada sesi uji bakat.

"Saya sudah melihat semua persembahan mereka pada malam ini. Mereka mengulangi persembahan uji bakat. Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada juga yang melakukan persembahan di luar jangkaan. Terus-terang, saya adalah seorang yang sukar untuk ketawa.

"Jadi, sebagai juri RL6, saya perlu banyak bersabar. Adakala tu, saya melihat lawak mereka seperti sudah dapat diagak sehinga membuatkan saya hilang rasa untuk mengetahui lawak mereka seterusnya.

"Walaupun begitu, saya merasakan persembahan Selak memang outstanding dan diluar jangkaan. Saya terkejut dengan prestasi mereka walaupun baru di minggu yang pertama," jelasnya.

No comments:

Post a Comment