Disebut tentang mi udang, pasti ada yang akan mengaitkannya dengan mi udang Kuala Sepetang.
Popularitinya membuatkan ramai yang sanggup memandu beratus kilometer demi mendapatkan mi udang terbaik di sana.
Kemanisan kuah yang dihasilkan dengan udang segar meniti bibir sebaik dihirup bersama mi kuning di tambah pula dengan kerangupan bawang goreng.
Hari ini, bagi penggemar mi udang Kuala Sepetang, tidak lagi perlu bersusah payah untuk memandu beratus kilometer ke utara tanah air kerana mereka sudah boleh menikmatinya di Kuala Lumpur.
Masih mengekalkan resipi turun-temurun, gerai Mee Udang Mak Jah yang cukup popular di Kuala Sepetang, kini telah membuka cawangannya di Wangsa Maju.
Turut mengekalkan nama restoran yang sama, Mee Udang Mak Jah, pemiliknya, Sabri Sidan, 42, berkata, pembukaan restoran tersebut di kawasan Kuala Lumpur bertujuan untuk memenuhi permintaan para pelanggan di sebelah selatan.
Tambahnya lagi, apa yang disediakan di restoran tersebut adalah sama seperti yang disajikan di Kuala Sepetang.
"Restoran di Kuala Lumpur ini masih mengekalkan resipi serta rasa yang sama.
"Insya-Allah, kami cuba memberikan yang terbaik buat pelanggan sehinggakan kebanyakan bahan mentah terutama udang juga kami bawa dari Taiping," katanya ketika ditemui di premis restorannya yang terletak di No. 22, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Demi menyajikan yang terbaik, kata Sabri, udang yang digunakan hanya udang laut.
Menawarkan dua jenis mi udang, pelanggan boleh memesan sama ada mi udang istimewa yang berharga RM12 ataupun mi udang biasa berharga RM8.
Jelas Sabri, yang membezakan kedua-dua jenis udang tersebut ialah jumlah udang yang diletakkan dalam setiap hidangan.
"Malah untuk menggambarkan betapa 'mewahnya' udang untuk hidangan semangkuk mi udang, ia boleh diibaratkan seperti, 'selak udang baru jumpa mi'," katanya.
Dibuka setiap hari bermula 11.30 pagi hingga 10 malam, Mee Udang Mak Jah turut mempunyai keistimewaan tersendiri apabila mi yang digunakan adalah buatan anak tempatan.
Selain mi udang, restoran Mee Udang Mak Jah turut menawarkan pelbagai menu berasaskan udang seperti udang goreng tepung, udang goreng kunyit dan udang masak sambal.
Kesemua menu tersebut disajikan dengan nasi putih.
Bagi mereka yang tidak makan udang, restoran tersebut turut menyediakan menu seperti mi telur dan nasi goreng kampung.
Apapun demi kepuasan pelanggan, Sabri mementingkan kualiti dalam menyajikan mi udangnya.
Ini termasuk menutup sementara operasi restoran sekiranya tiada bekalan udang segar .
"Saya sanggup lakukan sebegitu demi menjaga pelanggan di samping ingin para pelanggannya mengingati dan terus datang ke restoran ini pada masa akan datang," katanya.
Lokasi lebih tepat Restoran Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju adalah di deretan kedai belakang Wangsa Walk Mall. Betul-betul mengadap Butik Hajaba, kedainya hujung skali...corner lot. Kalau dari arah Carrefour, jumpa restoran Cheng Ho... terus saja sampai ke hujung.. kedainya disebelah kiri. :D
Mee Udang special RM12. Udang besar² ada 6 ekor. |
Kuetiaw goreng biasa...RM8, udang kecik sket ada 7 ekor. Ni pon jenuh makan udang. Sendawa pon still feel udang.. hehehe |
Nasi goreng udang... RM 12. Nasik dah habis tapi udangnya banyak
lagi.
|
Dan yang ini Udang goreng tepung. RM13 kalau tak silap. Sedap! |
No comments:
Post a Comment