Showing posts with label sepah. Show all posts
Showing posts with label sepah. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Benarkah Shuib Tinggalkan Sepahtu?


Setelah Shuib dan Jepp keluar daripada kumpulan Sepah dengan menggelarkan diri mereka sebagai Sepahtu, mereka berdua jarang sekali dilihat berdua di kaca televisyen untuk digandingkan dan berlakon bersama.

Sebaliknya, Shuib dan Jepp masing-masing lebih banyak bergerak secara solo dalam rancangan komedi mahupun drama atau filem yang dilakonkan.

Sunday, May 13, 2012

Shuib gembira jika Johan sertai Sepahtu


Pelawak dan penyampai radio Era menafikan khabar angin yang mengatakan dia bakal menyertai kumpulan lawak Sepathu.

“Saya terkejut apabila ada khabar angin tersebut menjadi perbualan ramai malah telah diberitakan di ruangan pojok pada sebuah akhbar minggu lepas (Ahad).

Sunday, April 22, 2012

Fida Bercinta Semula Dengan Mamat Sepah


PERAK, 23 APRIL 2012: Pelakon, Fida atau Rafidah Ibrahim, 26, akui akan menerima bekas kekasihnya, Mamat Sepah atau Mohd Noor Murad, 27, jika ditentukan Tuhan pelawak itu sebagai jodohnya.

Bahkan, Fida berkata hubungannya dengan Mamat Sepah kini sudah terjalin kembali selepas dipertemukan dalam sebuah program televisyen yang pernah disiarkan pada beberapa bulan lalu.

Thursday, April 5, 2012

Mamat Sepah Menderita Sakit Aneh


KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2012: Pelawak Mamat Sepah atau Mohd Noor Murad,27, akui sedang menjalani perubatan kampung setelah menderita sakit aneh sejak beberapa bulan lalu.

Tidak pasti apa jenis penyanyakitnya, Mamat Sepah berkata dia kini hanya mampu berdoa supaya dirinya cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa.

Tuesday, March 20, 2012

Mamat mahu Fida kembali padanya (GAMBAR)


Mamat tetap berharap agar mendapat peluang kedua untuk bercinta semula dengan Fida dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

PADA tahun lalu, hubungan percintaan yang terjalin antara pelakon komedi Mohd. Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat dengan pelakon Fida Ibrahim musnah sedangkan usia percintaan mereka baru mencecah enam bulan.

Wednesday, January 11, 2012

Rezeki Sepahtu melimpah, Bakal Jadi Penyanyi


SHUIB dan Jep mengaku rezeki mereka kini tidak hanya terbatas sebagai pelawak, tetapi juga pelakon dan bakal bergelar penyanyi.

KEHEBATAN kumpulan Sepah sebagai sebuah kumpulan pelawak yang disegani sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Buktinya, apabila mereka muncul sebagai juara dalam rancangan Maharaja Lawak dengan menewaskan beberapa peserta yang dianggap pilihan seperti Jozan.

Bagaimanapun, semuanya sudah tinggal sejarah apabila Sepah tidak lagi wujud. Siapa sangka selepas menjadi juara, mereka bertiga mengambil keputusan untuk berpecah ketika nama berada di puncak populariti.

Wednesday, January 4, 2012

Sepahtu rindu Mamat namun akur kehendak kerjaya



SEPAHTU selesa bergerak berdua walaupun seringkali dijemput membuat persembahan secara solo.

MULA melangkah melalui rancangan Raja Lawak, kini kumpulan Sepahtu masih teguh berdiri walaupun salah seorang daripada ahli kumpulan mereka ketika bergelar Sepah dulu sudah mengundur diri.

Kesempatan kakileaks bertemu dengan mereka baru-baru ini, berjaya menyelami perasaan lelaki ini setelah tinggal hanya berdua melayari dunia seni.

Monday, December 5, 2011

Sarah Raisuddin lahirkan bayi lelaki



KUALA LUMPUR 4 Dis. - Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu pada pukul 10.19 pagi ini.

Bayi lelaki seberat 3.32 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini bersyukur dan gembira kerana dia kini bergelar seorang bapa.

Tuesday, October 25, 2011

Populariti di sebalik kontroversi Sepah

PARA pelakon dan tenaga kerja Sepah The Movie sewaktu pelancaran
 filem itu di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



KUMPULAN lawak trio, Sepah mencipta banyak populariti tersendiri dalam dunia hiburan tanah air. Mereka misalnya, muncul juara pertandingan Raja Lawak musim ketiga dua tahun lalu dan juara Maharaja Lawak pada 24 Mei lalu.

Berita salah seorang anggotanya, Mamat yang putus cinta dengan pelakon muda, Fida heboh diperkatakan lebih dua minggu lalu sehinggalah saat ini. Malah, Sepah yang telah berpecah turut menjadi tumpuan ramai baru-baru ini.

Saturday, October 15, 2011

Konflik Sepah, ada rahsia lain?

PERPECAHAN Sepah sebagai sebuah kumpulan. Boleh Jep jelaskan, siapa buang siapa sebenarnya ni?


Tak ada siapa buang siapa. Sebenarnya saya sendiri yang nak keluar.

Tuesday, October 11, 2011

Jep dan shuib seperti adik beradik : Mamat



Sepah masih wujud demi projek fiem Sepah the movie yang dijangka ditayang pada 2012. Beliau bertiga ditemui ketika sidang akhbar pelancaran projek pembikinan filem Sepah The Movie.



Penerbit filem itu, Hasni Maulod menganggap anggota kumpulan itu mampu boleh bersikap profesional bagi menjayakan filem itu walaupun mereka berpecah selain mereka juga masih muda.

Sunday, October 9, 2011

MAMAT KATA SEPAH WUJUD LAGI


MANA SATU BETUL?MAMAT DAKWA SEPAH BELUM BUBAR 

 Konflik pembubaran kumpulan Sepah yang dianggotai oleh Mamat, Jep dan Shuib bertambah rumit apabila salah seorang anggotanya mendakwa kumpulan tersebut masih lagi wujud. Mamat berkata, Sepah masih lagi terlibat meneruskan perjuangan termasuklah menerima tawaran berlakon untuk projek-projek terbitan Astro.

Friday, October 7, 2011

Fida enggan dikaitkan dengan Mamat Sepah lagi


Rafidah Ibrahim
Enggan panjangkan kontroversi 

GOSIP membabitkan gadis ini tidak memerlukan pengenalan. Sana sini kisahnya kecoh diperkatakan, tidak kiralah sama ada di media cetak, elektronik, mahupun di alam maya.

Tatkala berkunjung ke Balai Berita baru-baru ini, kalau boleh pelakon dan pengacara, Rafidah Ibrahim, enggan dikaitkan kembali dengan Mamat Sepah kerana episod itu sudah disimpan kemas dalam diari hidupnya.

Thursday, October 6, 2011

Sepah Tak terima Mamat lagi



KUMPULAN Sepah yang dianggotai oleh Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jep), 26, Shahmira Muhamad (Shuib), 27, dan Mohd. Noor Murad (Mamat) 26, telah pun mengumumkan pembubaran kumpulan mereka pada Ogos lalu atas sebab peribadi, tambahan mereka bertiga kerap mendapat tawaran secara individu bukannya berkumpulan.


Ramai yang terkejut dengan berita pembubaran itu kerana menyifatkan jenama Sepah sudah cukup kuat apabila kumpulan itu menjadi juara untuk program Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak mengalahkan pelawak popular yang lain.