Kesian Mamat Sepah ni, sudahlah terpisah dengan dua rakan kumpulan lawak Sepah, tak ada cerita pasal lakonan atau kerjaya dia tetapi banyak dengan cerita kontroversi. Ingat lagi masa Sepah diumumkan juara Raja Lawak, Mamat lah antara anggota Sepah yang paling suka mengucapkan syukur dan salah satu ucapan dia tujukan pada ibunya, ialah dia telah buktikan tanpa ijazah dia boleh berjaya dengan lawak.. masa menang Maharaja Lawak pula, dia berlari turun ke bawah jumpa family dia.
Showing posts with label mamat. Show all posts
Showing posts with label mamat. Show all posts
Friday, July 27, 2012
Saturday, April 28, 2012
Suara Mamat Sepah dalam “Bola Kampung The Movie”
KUALA LUMPUR – Pelakon komedi yang sering terpalit dengan cerita-cerita kontroversi peribadi, Mamat Sepah, sudah lama bercita-cita untuk meniru gaya dan suara watak-watak kartun Jepun seperti Nobita atau Doraemon di sepanjang kariernya sebagai artis.
Mamat yang diberikan kesempatan untuk turut serta di dalam sebuah projek filem animasi berjudul “Bola Kampung The Movie” dan dikatakan akan meminjamkan suaranya bagi salah satu watak di dalam filem berkenaan.
Saturday, October 15, 2011
Thursday, October 6, 2011
Sepah Tak terima Mamat lagi
KUMPULAN Sepah yang dianggotai oleh Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jep), 26, Shahmira Muhamad (Shuib), 27, dan Mohd. Noor Murad (Mamat) 26, telah pun mengumumkan pembubaran kumpulan mereka pada Ogos lalu atas sebab peribadi, tambahan mereka bertiga kerap mendapat tawaran secara individu bukannya berkumpulan.
Ramai yang terkejut dengan berita pembubaran itu kerana menyifatkan jenama Sepah sudah cukup kuat apabila kumpulan itu menjadi juara untuk program Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak mengalahkan pelawak popular yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)



