Showing posts with label sarah raisuddin. Show all posts
Showing posts with label sarah raisuddin. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Baby Shuib & Siti Sarah nama Uwais Alqarni (4 GAMBAR)


Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah Raissuddin, dengan cahaya mata sulung pertama mereka, semalam.

Diberikan nama Uwais Alqarni, bayi comel ini telah selamat dilahirkan secara pembedahan sekitar jam 10.19 pagi, di Hospital Ampang Puteri, selepas Siti Sarah dimasukan ke bilik bersalin sekitar jam 8 malam, malam kelmarin.

Monday, December 5, 2011

Sarah Raisuddin lahirkan bayi lelaki



KUALA LUMPUR 4 Dis. - Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu pada pukul 10.19 pagi ini.

Bayi lelaki seberat 3.32 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini bersyukur dan gembira kerana dia kini bergelar seorang bapa.